Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 31, 2022 @ 8:34pm

[VIDEO] Peminat Timbulkan Persoalan Kenapa Noraniza Idris Tak Nyanyi Lagu 7 Nasihat?

Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris meraih perhatian peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu membuat persembahan di Anugerah Seri Angkasa 2022 berlangsung di Putrajaya, semalam.

Menerusi sedutan video tular dimuat naik oleh pengguna TikTok, individu berkenaan mendakwa Kak Ani tidak menyanyi ketika lagu 7 Nasihat milik Siti dimainkan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, lontaran suara yang dikeluarkan semasa lagu 7 Nasihat adalah daripada ‘backup singer’ dan Kak Ani sedang menari di tengah pentas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pelik mengapa Kak Ani tidak menyanyikan lagu terbabit.

Hal demikian ditimbulkan netizen kerana Kak Ani dilihat tiada masalah untuk menyanyikan lagu Intan Payung yang dimainkan selepas lagu 7 Nasihat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan tertanya mengapa situasi ini berlaku.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 99,000 tontonan, lebih 1,000 tanda suka dan 196 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! đŸ„ł

Trending Tue, 15 Jun 2021

Bunga Citra Lestari Dijangkiti Covid-19 Selepas Balik Bercuti

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian. Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Bunga di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang menjalani isolasi kendiri selepas […]

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Trending Sat, 18 Jul 2020
Hiburan Fri, 9 Dec 2022
Trending Tue, 29 May 2018

Berita Bakal Berkahwin Mula Tular, Nurul Izzah Minta Netizen Tumpu Selamatkan Ekonomi Negara!

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

error: Content is protected !!