Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 4, 2022 @ 6:37pm

[VIDEO] “I’m A Girl” – Disangka Lelaki! DSV Kongsi Momen Pengawal Marah Cik B Masuk Tandas Wanita

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik sebuah video di mana anak perempuannya Cik B dimarah kerana memasuki tandas wanita di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video perkongsian tersebut, Cik B yang dilihat mengenakan kemeja berwarna cerah dan seluar berwarna hitam serta topi itu sedang menyakinkan pengawal di situ bahawa dia seorang perempuan.

“im a girl… I need to pee.

“Dia pun confuse nak bagi masuk ke tak, betul ke ni perempuan,” ujar DSV.

Kongsi Vida, pengawal tersebut dilihat membebel walaupun sudah membuka pintu untuk Cik B menggunakan tandas wanita.

“Dia bebel-bebel Cik B masuk tandas perempuan.

“Muka jaga (pengawal) tak puas hati je… jaga keliru betul ke Cik B tu perempuan,” katanya lagi.

Malah, Vida turut mendedahkan bahawa situasi sebegini sudah banyak kali dihadapi olehnya dan Cik B.

“Harini hari ke-3 dah orang marah Cik B masuk tandas wanita.

“Dia kata Cik B, hello hello hello… jaga tu marah.

“Ya Allah 3 kali dah masuk tandas kena marah,” jelas Vida.

@datoserividaofficial Maafkan mama cik b mama salah sebab potong rambut cik b 🥲 @Ridzokumura @Ridz Okumura Store #fyp #fypage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ゚viral #fypシ #datoserivida #cikb #rambutpendek ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan situasi itu namun tidak kurang juga yang mengkritik kerana penampilan Cik B yang dikatakan persis lelaki.

Walaubagaimanapun, Vida dilihat memohon maaf kepada Cik B kerana dia berhadapan situasi ini gara-gara tersalah potong rambut anaknya.

“Maafkan mama Cik B, mama salah sebab potong rambut Cik B,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Apr 2022

“Aku Sampai Jadi Bersalah Sebab…” – Khairul Aming Tegur Kerenah Netizen Twitter Jadi ‘Batu Api’ Melaga-Lagakan Content Creator Masakan

KhairulAming tegur kerenah netizen yang suka jadi batu api melaga-lagakan content creator lain.

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

’Ini Perkahwinan ‘Pertama’ Buat Saya’- Elly Mazlein Bakal Tinggalkan Status Ibu Tunggal

Kami doakan agar segala perancangan untuk berkahwin tahun depan dipermudahkan Allah SWT. Jangan lupa jemput kitaorang okay?

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Selebriti Thu, 26 Oct 2023

“Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana – Shila Amzah

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Bella Dally Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul seperti apa yang ditunjukkan, Alhamdulillah!

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

error: Content is protected !!