Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 8, 2022 @ 3:40pm

Kes Mahkamah: Muat Naik Komunikasi Bersifat Sumbang, Vida Mengaku Tidak Bersalah

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik beberapa bulan lalu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 29 April lalu.

Hantaran tersebut kemudian dilihat pukul 11.06 pagi pada 5 Mei lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil, mencadangkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Vida, Datuk Adnan Seman memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dengan alasan ia kesalahan pertama OKS.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Ahmad Fuad kemudian mengarahkan Vida membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020

PKPB: Rentas Negeri Bersyarat Dibenarkan Mulai Hari Ini

Korang dah tahu ke apa syarat-syaratnya?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Tak Kecil Hati Pun…

Jangan lupa tonton pentas akhir Mentor Milenia 2019 pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

Trending Tue, 27 Apr 2021
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Gandingan mantap, tahniah Achey & Tauke!

Featured Wed, 7 May 2025

Tahniah! Pilih Nama Yusra, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Timang Baby Girl

Bayi seberat 2.85 kilogram dilahirkan secara czer.

Trending Wed, 11 Aug 2021
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Raffi Ahmad nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana. Cayalah Zizan!

error: Content is protected !!