Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 1, 2022 @ 5:48pm

Muat Naik Video Tarian, Ramai Netizen Nak DeFam Comeback! Tapi Sebenarnya….

Sudah pasti ramai yang mengenali anggota kumpulan penyanyi wanita DeFam iaitu Cik Manggis, Azira Shafinaz dan Sophia Liana yang sering mencuri perhatian peminat industri seni dengan nyanyian dan tarian mereka.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Cik Manggis di laman TikTok memaparkan dia sedang menari menggunakan lagu trend TikTok terkini iaitu Calm Down nyanyian Rema bersama-sama dengan Azira dan Sophia.

Menerusi hantaran tersebut, mereka bergilir-gilir menari ikut giliran dan tarian mereka itu seiring.

@miss.em who’s as sweet as fanta? 🫠 #foryou #fyp ♬ Calm Down – Rema

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji kecantikan mereka bertiga.

“Masya-Allah cantiknya tiga-tiga orang ini.

“Ulang tiga kali sebab nak tengok setiap sorang. Shantik!

“Trio gorgeous!

“Cantik sangat tiga orang ni. Minat sangat!” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang memuji dan merindui kumpulan mereka.

Malah, turut menyuruh mereka untuk membuat ‘comeback’ oleh kerana rindu ingin melihat mereka tiga bersama-sama menyanyi dan menari lagi.

“Girl group yang tak cringe langsung!! Love terokss!

“OMG rindunya tengok dia orang.

“I don’t know lah. This is like the coolest girl group in Malaysia ever! This is gawd dayummm! Deserve much more.

“Tak nak buat comeback ke?

“Rindunya nak tengok dia orang. Bila nak buat comeback?” tulis salah seorang netizen.

Sebenarnya, DeFam baru sahaja muncul dengan single baharu berjudul Berubah hasil ciptaan Mage, Faizal Tahir dan Sophia Liana sendiri yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu.

Setakat artikel ini ditulis video TikTok tersebut telah meraih sebanyak 3 juta tontonan, 330,000 tanda suka dan lebih 3959 komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 May 2024
Featured Sat, 27 Jul 2024
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Mon, 20 May 2019

Ebby Yus Terkejut Wanita Muda Nak Derma Buah Pinggang

Untung Ebby Yus, ramai yang masih sayang dengan dia. Semoga cepat sembuh bang!

Hiburan Sun, 18 Jan 2026

“Ada Beberapa Sebab Kenapa Saya Tidak Tunjuk Wajah Isteri” – Fahimi Rahmat

Fahimi Rahmat memilih untuk tidak mendedahkan wajah isteri & bercerita secara terperinci latar belakang pasangan demi menjaga privasi.

error: Content is protected !!