Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 25, 2022 @ 11:21am

Pesona ‘Story Teller’ Raisa Bikin Peminat Susah ‘Move On’!

Walaupun sudah 6 hari berlalu namun kesan yang ditinggalkan oleh penyanyi popular Indonesia, Raisa masih dapat dirasai oleh seluruh peminatnya yang hadir pada malam konsert Raisa Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dihadiri lebih 2,500 peminat, Raisa tampil memukau dengan kelunakan vokalnya menerusi 20 lagu hit yang diambil dari album Raisa, Heart to Heart, Handmade dan It’s Personal.

Antaranya ialah, Kali Kedua, Bahasa Kalbu, LDR, Percayalah, Cinta Sederhana, Teman Bisa, Jangan Cepat berlalu, Usai Di Sini, Bertahan/Pergi, Nyawa Dan Harapan, Percayalah, Pameran Utama, Biarkanlah dan banyak lagi termasuklah tiga lagu berbahasa Inggeris popularnya, Could It Be, Love And Let Go dan You.

“Lagu-lagu yang saya tulis kebanyakannya mengenai cinta. Tapi cinta bukan sahaja membabitkan hubungan sesama manusia, malah kepada Tuhan dan alam,” katanya.

@abebear_tom Awww. Thanks @RAISA6690 For a memorable night !! Galau Sungguh !! Kamu Cantik Banget !! #RaisaLiveInMalaysia #Raisa ♬ original sound – Abebear Tom

 

Bagaimanapun, konsert yang berlangsung lebih dua jam itu bagaimanapun berlalu dengan cepat apabila penyanyi berusia 32 tahun itu bertindak persis ‘story teller’ apabila menceritakan kisah sebenar disebalik setiap lagu yang dibawanya pada malam tersebut.

 

Sementara itu, penyanyi yang digilap bakatnya selepas berkolaborasi dengan komposer terkenal David Foster untuk melakukan konsert di Jakarta ini dianggap seperti magis apabila nyanyiannya sedikit pun tidak sumbang sepanjang konsert berlangsung.

Bahkan, Raisa kelihatan begitu selesa bermain dengan vokalnya ditambah persona dirinya yang membuatkan peminat di Malaysia tidak boleh ‘move on’ sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Raisa terharu kerana sepanjang tempoh 12 tahun dalam industri konsert Raisa Live In Kuala Lumpur ini seolah-olah terbayar dengans ambutan peminat.

“Dua belas tahun saya tunggu untuk mementaskan konsert ini. Terima kasih Malaysia, kalian semua memang comel.

“Harap saya akan diundang lagi untuk membuat persembahan di Malaysia,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Pengantin Perempuan Persembah Tarian Pada Pasangan Siapa Tu

Trend terkini pengantin perempuan /lelaki akan menari didepan pasangan seperti Mawar Rashid sakan menari di depan suami ketika majlis persandingan mereka.

Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man in Trouble for Posting Mocking Photo of Najib

We still can’t post such nasty remarks.

Trending Tue, 30 Aug 2022

Adegan Cium Dengan Lizzy, Jay Iswazir Enggan Komen

Alamak!! Tuan badan taknak komen ye. Apa-apaPun tak sabar nak tengok Abang Long Fadil 3.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

[VIDEO] Individu Tanya Tak Solat Ke? Intan Najuwa Tampil Beri Respons Padu

Intan Najuwa anggap soalan netizen pertikaikan ibadah tak masuk akal

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Kuda yang diberi nama Indiana baka Argentina pemberian untuk bakal suri hati Elvina

Events Fri, 11 Mar 2022
error: Content is protected !!