Euforia Bola 2026
Events By: Dharnieya Nur Amelsa November 26, 2022 @ 11:57am

Iman Troye Jawab Spekulasi Kekasih – “Danial Bukan BF Saya!”

Penyanyi Iman Troye menafikan dia sedang menjalin hubungan dengan jejaka yang dikenali sebagai Danial.

Timbul spekulasi mereka didakwa bercinta selepas video TikTok yang dirakam Iman bersama Danial hangat diperkatakan, baru-baru ini.

“Eh tak, tu sebenarnya kawan saya je. Kami bergurau, tak sangka pula sampai orang boleh buat spekulasi macam itu.

“Kami memang tak ada apa-apa pun belakang camera dan tak pernah WhatApps personal pun,” kata Iman.

Menurut Iman, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mempunyai sebarang hubungan cinta kerana ingin fokus dengan kerjayanya.

“Kalau ikutkan saya sebenarnya tak nak bercinta ini. Sebab dah tiba waktu untuk saya betul-betul fokus dengan industri.

“Sebelum ini, saya rasa banyak sangat main-main, jadi cukuplah waktu saya enjoy dengan zaman remaja saya.

“Umur saya dah masuk 20 tahun, jadi saya kena fokus dengan industri. Benda macam ini tolak tepi dululah,” katanya.

Iman ditemui XTRA usai hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Mengulas mengenai persembahannya mempertaruhkan lagu Nang, Iman ingin memberikan fokus terhadap lagu dan busananya sahaja.

Terdahulu, Iman pernah dikecam dan dikritik oleh penonton akibat membawa penari yang berpakaian ketat ke SFMM36 menerusi lagu Teman.

“Ketika itu, terdapat masalah teknikal dari segi pemakaian yang tak dapat untuk dielakkan.

“Susulan hal itu, bagi pentas SFMM37 ini, saya hanya ingin memberi fokus terhadap lagu dan busana, sebab itu kali ini tiada penari di atas pentas bersama saya.

“Memang baju ini saya rasa sesuai sangat dengan Nang dan memang lagu Nang ini fokus kepada seorang puteri, jadi memang saya nak fokus dekat baju ini.

“Jadi, itulah sebabnya, tak ada dancer untuk menampilkan stage ini macam tak ‘crowded’ sangat,” katanya lagi.

Selain Nang, 17 lagu lain turut berentap di hari pertama SFMM37.

Hari kedua SFMM37 bakal menyaksikan baki 12 lagu yang bakal bertanding merebut tempat ke AJL37.

Jangan lupa saksikan SFMM37, hari ini, jam 3 petang hanya di TV3 atau strim secara langsung di tonton.com.my, YouTube TV3Malaysia dan TikTok TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

“AKU ADA MENGONG**** DENGAN BAPAK KAU KE?” – RITA RUDAINI BERANG

Jika dilihat menerusi status Rita Rudaini itu, dia memberitahu bahawa dia terpanggil untuk membalas mesej yang dianggap sebagai ‘kurang ajar”

Trending Thu, 26 Oct 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

error: Content is protected !!