Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2022 @ 1:06pm

Chef Wan Kecewa Adik-Beradik ‘Lepas Tangan’ Jaga Mak -“Ibarat Ludah Dilangit Timpa Kat Muka Sendiri”

Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan meluahkan rasa kesal menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram miliknya.

Menurut Cef Wan, bukan mudah untuk menjaga ibu berumur 90 tahun dan menghidap penyakit demensia.

Malah, melihat keadaan ibunya, Noraini Abdullah sahaja cukup membuatkan dia sedih kerana ibunya kini memerlukan penjagaan rapi dan perhatian dari anak-anak yang lain.

“Menjaga orang yang berumur 90 tahun dan menghidap penyakit demensia bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih teruk lagi bila mak saya turut menghidap penyakit Alzheimer dan kanser.

“Kini dia tidak tahu apa yang patut dilakukan walaupun nak ikat kain sendiri pun dia tak tahu apatah lagi soal kebersihan diri, mandi, tandas dan sebagainya memang saya dan pembantu lakukan  kerana dia memang kena bergantung dengan orang lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Sementara itu, Cef Wan mengakui dia kesal dengan sikap adik-beradik yang lain kerana sering memberikan pelbagai alasan jika diminta untuk menjaga ibu mereka.

“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya tapi, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’.

“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Chef Wan Sebak Sambut Ulang Tahun Ibu Ke-90, Netizen Turut Tersentuh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan mereka juga mengalami masalah yang sama namun, mereka berharap agar Cef Wan sentiasa bersabar dan percaya kepada ketentuan Tuhan.

Terdahulu, Cef Wan mendedahkan dia membayar hampir RM6,000 sebulan bagi mengupah jururawat untuk menjaga ibunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Trending Mon, 30 Apr 2018

Provokasi Netizen Bikin Fasha Sandha Bersuara, Bila Kaitkan Bajunya Sama Dengan Nora Danish

Alamak! Fasha Sandha dan Nora Danish pakai baju samalah! Ikutkan memang tiada apa yang pelik kerana baju yang dipakai mereka itu bukan ditempah khas daripada designer.

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Rasa Anda Berdua Perlu Berhenti, Kalian sedang Cipta Gelombang Fitnah!”- Da’i Wan Tegur Pempengaruh Pamer Pergaduhan Di Media Sosial

“Saya minta berhenti sekarang. Selesaikan hal keluarga anda di belakang tabir” – Dai Wan

Figura Fri, 9 Jun 2023
Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Mon, 21 Jul 2025
Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

error: Content is protected !!