Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin December 13, 2022 @ 3:13pm

Terkesan Pandemik, Rizman Ruzaini Kembali Bangkit – “Dulu Ada 30 Pekerja, Kini Ada 80 Orang”

Pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini mendedahkan mereka menukar pelan perniagaan untuk terus menggaji pekerja kerana bisnes yang terkesan akibat kehadiran wabak Covid-19.

Banyak bergantung kepada busana perkahwinan, jenama yang diusahakan oleh Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini menggunakan media sosial untuk mendapatkan respons orang ramai.

“Pada awalnya, kami sangat terkesan dengan pandemik. Lebih 15 tahun bertapak, kekuatan perniagaan kami adalah menerusi jualan baju pengantin. Apabila wabak melanda lebih dua tahun, bisnes kami terjejas.

“Kami duduk dan berbincang, apa yang boleh dilakukan kerana di bawah jenama kami, ada 30 orang pekerja. Jadi, kami menukar arah bisnes dan datang dengan koleksi ready to wear (RTW).

“Produk pertama yang kami tampilkan adalah pelitup muka dan cecair sanitasi. Kemudian, kami keluarkan t-shirt dan semua produk mendapat sambutan positif. Kami menggunakan medium Instagram dan bertanya kepada peminat mengenai apa yang mereka mahu kami jual,” kata Ruzaini.

Tambah Rizman pula, semua saranan peminat jenama Rizman Ruzaini diambil untuk penambah baik perniagaan mereka.

“Syukur, perjalanan bisnes RTW kami mendapat sambutan yang sangat baik dan kami beralih kepada platform laman web. Pelanggan kami sangat menyokong dan terus membeli apa yang kami keluarkan.

“Kami juga mendengar maklum balas pelanggan, jika mereka memberi respons mengenai harga mahal dan sebagainya, kami akan duduk berbincang dan cuba untuk menurut permintaan mereka.

“Perjalanan dua tahun ini mengajar kami dan bisnes juga memberikan unjuran positif setelah kami tampil dengan RTW. Sebagai tanda penghargaan, kami hadiahkan flagship store iaitu RR FlagShip Store di Shoppes At Four Seasons Place, Kuala Lumpur untuk mereka.

“Kini, harga produk RTW yang dijual di RR FlagShip Store di Shoppes At Four Seasons Place, Kuala Lumpur bermula dari RM59 sehingga RM3,000 manakala jenama Rizman Ruzaini bermula RM6,000 di butik yang bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

“Pelanggan dah lama mahukan ‘physical store’ kerana mereka mahu rasa sendiri pengalaman serta mahu mencuba pakaian kami. Syukur kerana kini pekerja kami pun sudah mencecah lebih 80 orang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia. Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang […]

Trending Wed, 15 Jun 2022

Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – “Dia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

Datin Noor Kartini memohon agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat Ameera Khan.

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Featured Fri, 2 Apr 2021

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki. Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu. “Assalamualaikum, anak […]

Trending Thu, 21 May 2020
error: Content is protected !!