Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 24, 2022 @ 10:34pm

“Saya Hampir Gila Tak Dapat Jumpa Anak” – Pengalaman di Hospital Buatkan Nad Zainal Lebih Hargai Kehidupan

Fasa ditidurkan hampir sebulan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) menjadi momen yang paling diingati pelakon Nad Zainal.

Menurut Nad dalam sesi siaran langsung di TikTok sebentar tadi, dia lebih menghargai kehidupan dan pengalaman terbabit tidak akan dapat dilupakan.

“Pengalaman selama sebulan di hospital menjadi satu pengalaman bermakna dan tak akan saya lupakan.

“Pengalaman itu membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.

“Selepas ini, saya akan selalu lakukan pemeriksaan kesihatan selain mahu hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.

“Hari ini, ia lebih kepada saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Dalam sesi terbabit, Nad turut memberitahu dia akan berehat dalam bidang seni terlebih dulu atas nasihat keluarga dan rakan-rakan.

Nad juga mendedikasikan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan semangat serta doa yang baik-baik.

Pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini turut meminta sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan spekulasi tidak berasas.

Bakal mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihidapi olehnya pada sesi lain, Nad sebak berkongsi reaksi anak-anak yang melihatnya kembali pulih.

“Bercakap mengenai anak-anak, sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum masa saya dibenarkan keluar hospital.

“Jadi, saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.

“Saya sering terfikir, bilakah dapat keluar? Malah, saya ingatkan tak dapat balik lagi. Saya hampir gila kerana tidak dapat berjumpa anak-anak.

“Saya berjalan buat pertama kalinya keluar dari hospital. Saya nampak Som, dia tunjukkan kat saya dan cakap ‘mummy mummy!’

“Saya boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan nampak barisan gigi Som sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.

“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa, dengan melangkah keluar, kena sinaran matahari. Dia macam, ‘wow, hidup baru!’ Begitulah… sebulan kot tak jumpa anak,” katanya.

Pada penghujung November lalu, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital kerana paru-paru berdarah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 May 2026

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

Trending Fri, 1 Mar 2019

Tunjuk ****** Safiey Illias Nak Buktikan Apa Tu?

Inilah dia tanda-tanda manusia diakhir zaman

Trending Sun, 18 Feb 2018

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun Karam Sebelum Sempat Belayar Mengelilingi Dunia

Trending Mon, 15 Feb 2021

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Kini Kritikal

Kita doakan semoga adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini cepat sembuh

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

“I’m Retiring”, Nicki Minaj Decided to Put Everything to a Halt

Haters make you famous, they say. But why did Nicki Minaj suddenly announced her retirement.

error: Content is protected !!