Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 26, 2022 @ 6:19am

Selepas Dua Kali Keguguran, Siti Sairah Hamil Anak Ke-5

Selepas dua kali mengalami keguguran, penyanyi Siti Sairah, 39, kini hamil anak kelima.

Sedang bersaing dalam program Famili Duo TV3, pemilik nama penuh Siti Nursairah Tarudin memohon doa orang ramai agar proses kehamilan berjalan lancar.

“Sebenarnya, saya masih belum jumpa doktor untuk pemeriksaan dan usia kehamilan pun masih belum diketahui. Dapat tahu saya mengandung pada minggu lalu selepas membuat ujian menerusi alat pengesan kehamilan.

“Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Saya anggap kehamilan ketika bersaing di Famili Duo sebagai rezeki.

“Saya mohon doa yang baik-baik kerana ini sebelum kehamilan ini, saya dah dua kali mengalami keguguran. Semoga dipermudahkan sehingga bersalin,” kata Sairah kepada XTRA.

Risau dengan kehamilan kali ini, doktor pernah berpesan agar Sairah menjaga kehamilan dengan sebaik mungkin.

“Sebelum ini saya pernah gugur dua kali. Kali terakhir saya hamil dan gugur adalah pada awal tahun ini.

“Doktor pernah berpesan, jika saya hamil lagi, saya kena menjaga kandungan dengan baik sebab pernah alami dua kali keguguran.

“Bila dapat tahu saya mengandung, saya gembira tapi saya agak risau memandangkan usia kehamilan masih baru,” katanya lagi.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.

Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Siti Nurkhalishah Alisha.

Dalam persaingan minggu kedua Famili Duo, Sairah dan kakaknya, Siti Saida yang membawakan lagu Kejoraku Bersatu berada di kedudukan paling rendah dengan kutipan markah sebanyak 38.2 peratus.

@xtra_my Tersentuh min dengan persembahan Siti Sister’s malamni 🥹🥺 Menusuk menikam kalbu.. Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Sep 2019

光良任霹雳旅游大使!计划在当地开演唱会和拍MV

出生自马来西亚怡保的国宝级歌手光良被委任为期两年的「霹雳旅游大使」推广当地旅游,为自己的家乡尽一份力。

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Sun, 30 Jan 2022
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Featured Fri, 15 May 2026

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

error: Content is protected !!