Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 29, 2022 @ 11:37am

Buat ‘Cover’ Di TikTok, Syarif Sleeq Ubati Kerinduan Peminat

Selepas sekian lama menyepi, bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif tampil mengubati kerinduan peminatnya selepas membuat ‘cover’ sebuah lagu di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Syarif telah memuat naik videonya menyanyikan lagu yang berjudul Sedang Apa Dan Di Mana nyanyian asal Sammy Simorangkir dengan penuh penghayatan.

“Sedang apa dan dimana?,” tulisnya.

@tsyarifs Sedang apa dan dimana? #fyp #fypシ #fypage #singaporetiktok #coverlagu #fypsingapore #fypmalaysia #fypindonesia ♬ original sound – The Syarifs

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa rindu mereka terhadap penyanyi itu dan memuji kemerduan suara yang masih lagi sama seperti dulu.

Malah, ada juga yang menyatakan hasratnya untuk melihat Syarif kembali aktif dalam industri muzik.

“Rindunya Syarif dan Sleeq. Always wait till the day they comeback eventho I know they never will.

“His voice never fails.

“Lama tak dengar Syarif nyanyi.

“Come back to singing man miss that voice Cun Saja,” komen peminatnya.

Untuk makluman, Syarif merupakan sepupu kepada Alyph yang kini terkenal menerusi lagu Swipe.

Mereka pernah menghasilkan lagu bersama ketika pembabitannya dalam kumpulan Sleeq yang menjadi kegilaan ramai remaja suatu ketika dahulu.

Antara lagu yang pernah dihasilkan bersama ialah Cun Saja, Nombor 1, Tepi Sikit Untuk Dia dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Featured Fri, 5 Nov 2021

“Saya Kelihatan Seperti Alien” – Azhan Rani Tahan Seksa Demi….

Pelakon Azhan Rani terpaksa bertahan dengan warna rambut perang (blonde) selama enam bulan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa. Menurut Azhan semasa sidang media maya drama Keluarga Untuk Disewa pada Selasa, dia […]

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Wed, 12 Mar 2025

[VIDEO] Amira Othman Mesra Dukung Bayi, Fattah Amin Usik Manja – “Dah Tak Sabar Ke?”

Fattah Amin usik manja Amira Othman tak sabar dapat anak ke

Featured Thu, 30 Oct 2025

Galau Food Festival Tampil Barisan Artis Rock Popular Tanah Air, Sasar 40,000 pengunjung Disember Ini

GFF turut mengetengahkan barisan artis rock tanah air seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band

Featured Tue, 5 May 2020
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Winnie K Realisasi Impian Ibu

Good Luck, Winnie K!

error: Content is protected !!