Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 4, 2023 @ 4:32pm

[VIDEO] Isu Bercuti Luar Negara Untuk Likes & Views? Neelofa Tampil Perjelas Maksud Sebenar – “Tiada Niat Tujukan Pada Sesiapa…”

Pengacara dan selebriti popular, Neelofa menjadi perbualan hangat ramai selepas pendapat peribadinya mengenai berkongsi gambar ketika bercuti disalah erti oleh sesetengah pihak.

Malah, rata-rata netizen turut membuat spekulasi Neelofa seakan menujukan kenyataan terbabit kepada seseorang.

Menyedari namanya menjadi kritikan ramai, Neelofa tampil menjelaskan maksud sebenar disebalik status Instagram Story yang tular baru-baru ini menerusi sebuah video.

“Saya tiada niat apa-apa, tiada nak tuju dekat sesiapa, tiada individu tertentu yang saya maksudkan. Demi Allah, apa yang orang lain perkatakan itu adalah fitnah 100 peratus.

“Apa yang saya maksudkan macam ni okay, dia ada beberapa situasi yang berbeza. Contoh, kalau orang tu pergi atas opportunity ataupun rezeki sendiri, ada orang pergi atas tuntutan kerja, ada komitmen. Yang kerja komitmen ni berbeza.

“Kalau yang pergi sendiri ni kan, contoh kita travel pergi sendiri please, please, jangan salah faham apa yang I cakap. Tolong ambil video, tolong ambil foto sebab saya juga akan lakukan perkara yang sama.

“Saya akan post IG Story, di feed gambar, video semua, saya akan buat tu. Percayakan saya dan saya tak maksudkan jangan post gambar, jangan post itu ini, bukan itu yang saya maksudkan.

“Yang saya maksudkan adalah sesetengah orang yang pergi tujuan memang betul-betul untuk content. Yang memang prep dari sini lagi macam untuk buat media sosial content.

“Padahal pada ketika itu dia diberi peluang untuk enjoy, be present, experience, dan bukan banyak dengan phone, faham tak?” jelasnya.

Tambah Neelofa lagi, dia teringat memori sewaktu dia bekerja sambil menggembara ke luar negara dan tidak menikmati keindahan kerana sibuk mencipta kandungan media sosial semata-mata.

“Jadi saya sebagai yang banyak diberi peluang untuk travel dulu dan bekerja semua, saya rasa apa yang saya nak ubah adalah untuk lebih menikmati atau lebih menghargai pada ketika itu lebih daripada saya pegang phone.

“Itu yang saya maksudkan. Jadi jangan salah faham, bukan bermaksud tak boleh post gambar, tak boleh post IG Story, tak boleh post feed, bukan. Tolong buat perkara tu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Doa & Amalan PU Riz – “Tangan Selalu Lenguh Ketika Solat Jemaah & Berdoa Sebab Dia…”

“Seperti ramai yang perkatakan untuk kenangan dan tengok serta share, sebab saya juga akan lakukan perkara yang sama. Tapi kalau ada setengah orang kehidupan dia sentiasa about creating social media content sehingga tak dapat nak enjoy the moment pada ketika itu.

“Saya rasa sayanglah sebab kita akan rasa macam bila kita pass certain waktu kita akan rasa macam tak semua benda yang kita post, like, view bukan. Itu hanya pendapat saya, ada yang setuju dan tak setuju itu terpulang sebab masing-masing ada pendapat sendiri.

“Yang cuba mengapi-apikan itu tolong berhenti sebab saya tiada niat sedikit pun nak tujukan kepada siapa-siapa yang ada perkatakan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Nov 2024

Tular Foto Bergari, Alif Satar Mohon Netizen Tak Terpedaya Dengan Berita Palsu – “Pelik Betul Zaman Sekarang”

Alif berharap agar orang ramai melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan berita palsu tersebut sekiranya ia melibatkan dirinya dan ahli keluarga mangsa.

Featured Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Ara Nak Buang Sikap Baran

Saya mahu jadi lebih matang. Lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran. Baguslah kalau Ara dah berniat begitu…

Hiburan Tue, 13 May 2025

Bermula Dari Novel Ke Siri TV, Kini Diangkat ke Layar Perak.. Filem ‘Gantung: Musketeer Code’ Bakal Ditayangkan 5 Jun Ini!

Karya adaptasi popular Gantung akhirnya muncul dalam bentuk filem berjudul Gantung: Musketeer Code pada 5 Jun 2025.

Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

error: Content is protected !!