Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Dharnieya Nur Amelsa January 10, 2023 @ 4:11pm

Kongsi Video Anak Senyap Tiba-Tiba, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tiara & Achey – “Anak Lawak, Ayahnya Lagilah Lawak!”

Pelawak terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah sering berkongsi momen dan gelagat kelakar bersama dengan isteri dan anaknya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.

Baru-baru ini, Achey memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram memberitahu jika anaknya, Tiara senyap secara tiba-tiba, pasti ada sesuatu yang dia sedang lakukan.

Menerusi hantaran tersebut, pelawak itu merakam gelagat Tiara yang sedang sibuk membantu mengemas rumah sambil mengelap meja di ruang tamu.

Namun, apa yang menghiburkan hati ramai adalah ketika Tiara cuba menggunakan ‘spray’ di sofa dan dinding rumah mereka.

Perbuataannya itu turut membuatkan Achey terkejut di pengakhiran video tersebut.

“Anak kalau tiba-tiba senyap, ada lah tu kerja dia tengah setup,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji si cilik itu yang rajin membantu mengemas rumah dan turut terhibur melihat gelagatnya.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengatakan bahawa gelagat kelakar Tiara itu turun temurun daripada bapanya.

“Memang beginilah keadaanya kalau dorang senyap. Kat rumah ni begini jua hahaha.

“Yang akhir tu dia ingat pewangi agaknya. Bersabun nak dinding nanti.

“Terhibur jap, comel je dia pergi spray macam Fabreeze dah hahaha.

“Hahaha rajinnya Tiara, sampai dinding nak sembur ek hahaha.

“Lawaklah, anak lawak. Ayahnya lagi lah lawak hahaha. Tak marah, menyakat je kerja hahaha.

“Hahaha gitu lah kan kalau anak itu diam je. Adoi Tiara yang last tu jangan terlebih rajin nak hahaha,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 3 Apr 2019
Contest Mon, 27 May 2019

xtra好康头 | 送你「蝙蝠侠80年」粉丝见面会通行证

全球最受欢迎的披风战士迎来80岁生日,东南亚首个蝙蝠侠周年庆在云顶热烈展开! xtra好康头 送你粉丝见面会通行证,让你与「偶像」近距离接触。

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Trending Wed, 8 Jan 2020
error: Content is protected !!