Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 11, 2023 @ 12:08pm

Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Covid-19, Mafarikha Alami Masalah Paru-Paru

Penyanyi Mafarikha tampil berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas beberapa bulan sembuh daripada jangkitan Covid-19, tahun lalu.

Malah, penyanyi itu juga menyatakan dirinya akan menjalani pembedahan tulang rusuk kanan yang berkemungkinan berpunca dari TB, pada Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang Rusuk Kanan Bakal Ditebuk, Mafarikha Mohon Doa Agar Prosedur Berjalan Lancar – “Punca Bukan Covid-19, Tapi…”

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok Story, Mafa telah memuat naik tangkap layar perbualan bersama ahli keluarganya mengenai kondisi terkini paru-parunya.

Menurut Mafa, doktor yang memeriksanya menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan, namun tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Baru habis check up. Doctor kata macam takda improvement sangat, nampak macam sama je. Dia cakap nothing to worry tapi kalau diorang rasa nak remove bahagian paru-paru yang dah mati tu, kena operation sebab takut tukar jadi nanah.

“Kalau kena operate they will call earlier. If tak, ikut je date check up just untuk tengok je,” katanya.

Selain itu, Mafa juga sempat berkongsi perbualannya bersama bapanya, Mohd Akhir yang tidak mampu menahan rasa sedih dengan kondisi terkini anaknya itu.

“Suddenly I was crying for you for what you suffer. Take care and pray a lot for your good health. I love you,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Mafa juga menyatakan bahawa dirinya turut tidak tahu untuk rasa seperti apa selepas memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

“Sometimes I don’t know what to feel either hihu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “3 Hari Terakhir Di Istanbul, Saya Alami…” – Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5

ARTIKEL BERKAITAN: “3 Pesakit Kritikal Telah Meninggal Sebelah Saya” – Mafarikha Kongsi Kisah Hampir Sebulan Di Hospital

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Thu, 21 Aug 2025
Trending Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
error: Content is protected !!