Featured By: Aqilah Paharuzi January 27, 2023 @ 6:16pm

[VIDEO] “Jujur, Setia & Muliakan Isteri Adalah Ibadah” – Throwback Momen Tunai Umrah Bersama Suami, Bella Astilah Sentuh Hati Ramai

Pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astilah tidak dinafikan sering menjadi tumpuan ramai ekoran pelbagai kontroversi berkait rumah tangga mereka.

Terkini, Bella memuat naik sebuah video di Instagram miliknya memaparkan momen-momen indah ketika mengerjakan ibadah Umrah bersama suami tersayang.

Apa yang menarik perhatian adalah suara latar belakang yang digunakan Bella itu seakan meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

Ujar individu dalam video berkenaan, seorang suami haruslah memartabatkan isteri yang sentiasa setia disamping dirinya.

“Mencintai isteri itu adalah ibadah. Menyayangi isteri itu adalah berkah. Setia untuk isteri adalah syurga. Memuliakan isteri adalah rezeki yang melimpah. Jujur, setia dan bertanggungjawab penuh untuk isteri adalah amanah,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Bella tampak sangat manis bertudung dan mendoakan ibu anak dua itu kekal istiqamah dalam berhijab.

Sebelum ini, pasangan sejoli ini dilanda badai selepas muncul kontroversi liar yang mendakwa Aliff mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon wanita lain sehingga hubungannya bersama Bella didakwa renggang dek isu tersebut.

Tidak berdiam diri, Bella tampil berkongsi foto bersama Aliff di Instagram miliknya bagi menjelaskan kepada orang ramai tentang hubungannya bersama suami.

Artikel Berkaitan: Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Artikel Berkaitan: “Aliff Aziz Sedang Berubah Jadi Lebih Baik, Saya Juga Sama” – Gosip Tak Berasas Jejas Fokus Bella Astillah

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun berpisah pada 16 Mei 2019. Bagaimanapun, pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam perkembangan lain, Bella bersama sepupu, Wani Kayrie bersaing dengan enam pasangan lain dalam Famili Duo.

Di minggu keenam, Bella dan Wani berada di kedudukan kedua dengan kutipan markah sebanyak 71.5 peratus.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jun 2022
Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Trending Wed, 27 Jan 2021
Trending Tue, 14 Sep 2021

“Janganlah Merepek Sangat, Tak Belajar Dari Kesilapan Ke?” – Warganet Luah Rasa Kecewa SOP Terbaru Langkawi Tak Wajibkan Saringan Covid-19

Program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Pulau Langkawi, Kedah bakal bermula pada 16 September ini. Prosedur operasi standard (SOP) terbaru bagi para pengujung yang ingin melawat Langkawi sudah pun dibentangkan dan terdapat beberapa garis panduan yang […]

Featured Sun, 26 Jun 2022
Featured Thu, 21 Oct 2021

Netizen Kagum Anak Aliff Syukri Baru Umur 4 Tahun Dah Berani Naik ‘Flying Fox’

Putera bongsu kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi telah menarik perhatian orang ramai dengan keberaniannya. Baru-baru ini, Yusoff sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan menaiki ‘flying […]

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Sheila Rusly Bawa Diri?

Jangan bawa diri jauh-jauh, pleaseeee…

Events Thu, 8 Feb 2018

TAHNIAH! INI ANTARA SENARAI PEMENANG AJL32 DAN ANDA BERPELUANG KE AFTER PARTY RATED XTRA KAMI

Ini antara mereka yang bertuah untuk bersama-sama kami menghidupkan malam kemuncak AJL32 yang bakal diadakan pada 11 Februari 2018, Ahad, jam 9 malam bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil