Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 29, 2023 @ 8:32pm

Selepas Terima Kritikan Pedas, Sissy Imann Kembali Semangat – “80% Of Success Is Showing Up”

Umum mengetahui mengenai kontroversi penyanyi Sissy Imann yang menangis selepas mendapat kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu dalam program Famili Duo.

Gara-gara itu, timbul dakwaan Sissy dan sepupunya, Naim Daniel mahu menarik diri dari program tersebut.

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Nama Tiada Dalam Senarai Playlist Minggu Ini, Sissy Imann & Naim Daniel Tarik Diri?

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Sissy memuat naik sebuah foto di Instagram dengan kata-kata semangat.

“80% of success is showing up. Semoga Allah permudahkan. Have a great day, everybody,” tulis Sissy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Susulan itu, ramai rakan selebriti meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat untuk Sissy.

Sebelum ini, bapa Sissy, Mohamad Kamil memaklumkan bahawa anaknya itu banyak berdiam diri dan berkurung dalam bilik dipercayai gara-gara insiden tersebut.

Artikel Berkaitan: “Dia Berkurung Dalam Bilik & Berdiam Diri” – Bapa Sissy Imann

Program Famili Duo dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 22 Aug 2019

68 Penerbangan Masih Mengalami Gangguan Sistem

Memandangkan sistem masih ada gangguan jangan lupa datang ke KLIA awal ye

Featured Mon, 28 Apr 2025

Elizabeth Tan Bangkit Dengan ‘Rezeki’, Dedikasi 10 Tahun Perjalanan Seni

Lagu Rezeki bukan sekadar ‘comeback’ malah, memperlihatkan sisi Lizzy yang lebih berani, matang dan penuh jiwa.

Trending Fri, 3 Apr 2020
Trending Mon, 24 May 2021
Selebriti Sat, 18 Nov 2023
error: Content is protected !!