Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 2, 2023 @ 2:25pm

Anak Istimewa Sudah Mula Berjalan, Edry KRU Tak Halang Cahaya Mata Terus Tinggal Di Luar Negara

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim sudah hampir lima tahun bermastautin bersama isteri dan anak-anak di Manchester, United Kingdom (UK).

Memetik laporan Berita Harian, komposer popular ini berkongsi cerita anak istimewanya, Emery, 16, semakin menunjukkan perkembangan positif hari demi hari di sana.

Walaupun Emery masih belum bertutur, Edry dan isteri gembira melihat perkembangan anaknya itu.

“Sebaik berpindah ke Manchester, kami mula kurangkan jangkaan terhadap perkembangan Emery. Kami tidak lagi tunggu bila cikgu akan mengajar dia bercakap. Sebaliknya, kami terima seadanya keadaan anak kami.

“Lagipun, apa yang diajar sekolah di UK lebih kepada asas kehidupan seperti penggunaan tandas, keselamatan di dapur, melintas jalan dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, anak istimewanya itu sudah mula pandai menguruskan diri sendiri dan berkomunikasi menggunakan aplikasi jika mahukan sesuatu.

“Sebelum ini, Emery tidak suka berjalan. Sebaliknya, lebih suka duduk kereta sorong anak kecil, walaupun sudah besar.

“Tetapi sejak belajar di sini, dia sudah mula berjalan. Emery boleh menguruskan diri sendiri sedikit sebanyak.

“Itu sudah cukup membuatkan saya dan isteri gembira kerana kami mahu melihat dia pandai berdikari.

“Berikutan Emery belum boleh bercakap, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi. Dia menaip apa yang dimahukan melalui aplikasi itu,” ujarnya.

Ditanya sama ada mereka akan terus menetap di UK, Edry dan isteri masih belum ada perancangan untuk kembali ke tanah air.

Malah, dia merasakan tidak salah menjadikan Manchester rumah kedua mereka dan tidak memaksa anak-anak jika mereka enggan pulang ke tanah air.

“Saya tidak nafikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi, lebih baik di negeri sendiri. Perancangan untuk pulang ke Malaysia ada, tetapi bukan pada waktu terdekat kerana Emery masih belajar.

“Dua anak saya yang dewasa sudah bekerja dan belajar di kolej. Jika mereka ingin terus menetap di Manchester, saya tiada halangan kerana mereka sudah besar… Itu pilihan mereka,” katanya.

Selain Emery, Edry dan isterinya, Milia dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil, 23, Edylia, 20, dan Elya, 13.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Nov 2022
Trending Fri, 29 Oct 2021

Meerqeen Akui Nadhir Nasar Pencabar Terdekat ABPBH 34

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Meerqeen, 20, bersyukur kerana kehadirannya dalam industri hiburan disedari oleh peminat. Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), pemilik nama sebenar […]

Featured Mon, 28 Apr 2025

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Trending Tue, 16 Jan 2018

WANITA IKLAN FIREFLY DIANGGAP LUCAH. KENAPA?

Lagi isu syarikat penerbangan negara menjadi kontroversi apabila salah satu  syarikat penerbangan di Negara ini iaitu Firefly pula menjadi tajuk perbincangan sensasi netizen. Kenapa?

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Masih Nak Romantiskan R*gol Dalam Naskhah Cinta?” – Tiz Zaqyah Tegur Mentaliti Masyarakat, Anggap Isu Seksual Bukan Tabu

Tiz turut mengkritik segelintir pihak yang masih menormalisasikan atau meromantiskan jenayah seksual menerusi karya fiksyen.

error: Content is protected !!