Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 22, 2017 @ 4:28pm

Kristal Rehatkan Lan Dan Kini Sedang Mencari Vokalis Baru

Atas nasihat orang lama kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka iaitu Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof sehingga membuat pengumuman baru dalam masa terdekat.

Menurut pemain gitar kumpulan itu, Rody bagi mewakili anggota Kristal, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan nasihat orang lama, sekali gus membolehkan mereka mengadakan uji bakat mencari penyanyi baharu.

“Insya-Allah pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya mahu menjadi penyanyi solo. Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan nanti kami tiada ‘show’ pula,” katanya di laman sosial peribadinya, semalam.

Penyataan itu dikongsi selepas vokalis kumpulan itu mahu mengembangkan kerjaya solonya kerana enggan tertumpu pada genre rock saja.

Lan turut didakwa membelakangkan anggotanya apabila menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim empat yang kini sedang berlangsung tanpa berbincang terlebih dulu dengan mereka.

Selain Lan dan Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Sumber – Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

“Tak Payah Nak Toksik Sangat” – Zahirah Macwilson Ulas Dakwaan Terima Layanan ‘Double Standard’

Zahirah Macwilson menyuarakan pandangannya susulan isu tular melibatkan komen negatif yang diterimanya sebelum ini.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Wow! Ada Yang Tonton Filem Pulang Berkali-Kali?

Saya terkejut apabila filem ini, orang bagi sembilan… Hingga ada yang beri 12/10. Ada yang tonton lima kali…. Saya sangat gembira dan berharap filem ini jadi penanda aras untuk karya tempatan.

Featured Thu, 23 May 2024
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Abam Sasar Berat Badan Turun Ke 100 Kilogram

Target saya sehingga hujung tahun ini. Berat asal saya 188.6 kilogram sebelum ini. Sekarang sudah kurang kepada 163 kg. Go Abam, chaiyok!

Featured Sun, 12 Jun 2022
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Saya Pernah Rasa Segan Ada Bapa Kerja Pengawal Keselamatan” – Aliff Syukri Angkat Kisah Peribadi Dalam Filem Pendek Raya ‘Ya, Abah Saya Security’

Filem pendek tersebut memperlihatkan sisi lebih peribadi Aliff apabila mengangkat perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa segan dengan pekerjaan ayahnya.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Nampaknya, kontroversi ni semakin hangat ye!

Featured Mon, 30 May 2022
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!