Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 6, 2023 @ 4:05pm

Isu Pukul Isteri, Luqman Hafidz Tampil Beri Komen – “Benda Tu Tak Adil Untuk Dia”

Pelakon Luqman Hafidz tampil memberi komen berkenaan isu keganasan rumah tangga yang sedang hangat diperkatakan dalam industri hiburan tanah air, baru-baru ini.

Menurut Luqman, dia tidak bersetuju dengan tindakan seorang suami mengangkat tangan kepada isteri ketika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Luqman turut menyifatkan setiap wanita perlu dijaga dengan baik kerana mereka tetap ibu kepada anak-anak dari hasil perkahwinan yang pernah dibina.

“Bagi saya angkat tangan tu memang is a big no sebab bekas isteri kita tu tetap ibu kepada anak-anak dia. Dalam masa yang sama, itu perempuan.

“Kalau dia bukan bekas isteri pun, perempuan adalah secara zahirnya kaum yang kita kena jaga sebab kekuatan mereka bukan macam lelaki. Kalau kita gaduh macam tu benda tu tak adil untuk dia juga.

“Bagi saya, ini peringatan untuk semua. Mungkin dia terlepas daripada menjaga emosi dia ataupun apa yang terjadi antara mereka kita tak tahu.

“Tapi pengajaran yang kita boleh ambil, kalau kita rasa tak boleh nak uruskan emosi tu, kita cari jalan lain untuk keluar dari situasi tu sekejap bagi dua-dua cool down. Kalau dua-dua api, terbakarlah rumah,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Enggan mengulas isu ini dengan lebih lanjut, pelakon yang membintangi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu menyarankan orang ramai untuk tidak menambahkan api dan menjadikannya sebagai pengajaran.

“Untuk situasi ni, kita tak boleh nak cakap kita sama. Kita tak tahu apa masalah mereka, kita tak mendengar dari hati ke hati.

“Jadi bila isu ini makin berat saya ambil pendekatan untuk elak daripada menambahkan api. Daripada kita kata benda-benda yang tak elok, dan terus bakar dengan kata-kata orang, lebih baik kita diam.

“Sebab bagi saya lebih elok mereka selesai masalah mereka antara diorang. Cuma kalau benda tak baik tu kita perlu ingatkan supaya tak terjadi lagi dan orang lain boleh ambil pengajaran,” jelasnya.

Pernah berdepan dengan masalah rumah tangga, Luqman bagaimanapun menyatakan dirinya cuba melalui proses perceraian tersebut dengan baik demi menjaga hati dan mental ramai pihak.

“Sebelum ini saya lalui proses itu dengan sehabis baik yang saya boleh. Saya tunggu semua benda reda sebab nak jaga hati ramai pihak termasuklah diri saya sendiri sebab kita kena jaga kesihatan mental juga.

“Macam mana saya nak bekerja mencari rezeki dengan masalah yang macam tu pula kan, takut nanti work kualiti kita jatuh sebab rezeki saya ni untuk anak saya juga. Jadi benda tu yang saya selalu niatkan kat hati,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ditumbuk & Dipermainkan Dengan Nama Allah” – Buat Pendedahan, Shuhada Dakwa Adik Ipar Bersekongkol Dengan Hafidz Roshdi?

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

ARTIKEL BERKAITAN: Timbul Spekulasi Perceraian, Luqman Hafidz Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’ – “Saya Mahukan Ketenangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai 7 Bulan Lepas – “Saya Mohon Titipkan Doa Yang Baik-Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Featured Thu, 7 Nov 2024

“Tak Semua Rindu Boleh Diluah Dengan Kata-Kata”- Patimah Ismail

Menerusi hantaran di Instagram, Patimah berkata, bahawa tidak semua rindu itu boleh diluahkan dengan kata-kata.

Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Lima Tahun Tanpa Album Baharu, Amir Jahari Hadiahkan ‘Sila Robek Hati Ini’

Amir Jahari juga bakal mengadakan showcase sulung album Siang dan Malam di Live Fact pada 10 November ini bermula jam 3 petang. Jom datang support!

Trending Wed, 21 Jul 2021

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Lepasni, before suntik korang check dulu okay

error: Content is protected !!