Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 11, 2023 @ 6:42pm

“Dah Ada Baby Dalam Perut” – Bakal Timang Anak Sulung, Remy Ishak Sahkan Isteri Hamil 5 Bulan

Pelakon Remy Ishak memaklumkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil lima bulan selepas dihujani soalan itu di media sosial sebelum ini.

Memetik laporan Kosmo! Remy mengesahkan berita kehamilan isterinya itu dan mengakui ia sebuah pengalaman yang luar biasa untuk bergelar bapa.

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.

“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” jelas Remy.

Kongsi Remy, dia dan isteri telah melakukam imbasan (ultrabunyi) dan kandungan isteri dalam keadaan sihat.

“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.

“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa. Memang sesuatu yang sangat istimewa,” katanya.

Susulan itu, Remy memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya dan isteri dalam menjalani fasa sebagai ibu bapa.

“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah SWT, rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” luahnya kepada Kosmo!

Sekadar info, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Ogos 2021.

Artikel Berkaitan: “Tanya Suami Saya” – Dikhabarkan Hamil Anak Sulung, Isteri Remy Ishak Pilih Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Isteri Remy Ishak Kini Hamil Anak Pertama? -“Alhamdulillah! Cantiknya Mommy To Be”

Artikel Berkaitan: Isteri Didakwa Sedang Hamil, Ini Respons Remy Ishak – “Doa-Doakanlah”

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Makin Selekeh Selepas Kahwin? Ini Respons Remy Ishak…

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Events Sun, 24 Mar 2019

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短性取向遭怀疑?

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短,性取向曾一度遭人怀疑,让她大喊“我是喜欢男生的啦!”

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Featured Tue, 27 May 2025
Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Trending Sat, 6 Jan 2024

Jenazah Siti Nor Hafiza Selamat Dikebumikan

Alhamdulillah dah selesai. Semoga Allahyarham Siti Nor Hafiza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Nick Jonas Hadiahkan Isteri Kereta Mewah, Untungnya!

Harga kereta Mercedes Maybach S650 keluaran tahun 2019 ini dianggarkan mencecah hampir RM 1.5 juta. 

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
error: Content is protected !!