Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 20, 2023 @ 7:15pm

“I’m Very Happy For Him” – Vanidah Imran

“I’m very happy for him”

Demikian kata-kata pelakon Vanidah Imran, 50 apabila disoal mengenai perkahwinan bekas suaminya, Rashidi Ishak dengan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Vanidah atau lebih mesra disapa Vee berkata dia sudah lama mengenali Wan Hasliza malah memuji keperibadian pengarah tersebut.

“Liza adalah pengarah ketika saya berlakon dalam sebuah karyanya. Saya sudah mengenalinya.

“Sejujurnya, saya dah lama tahu mereka nak kahwin, anak-anak juga dah tahu awal,” katanya kepada XTRA.

Vanidah ditemui XTRA ketika malam gala filem Imam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tambah Vanidah, dia juga menyifatkan Hasliza adalah seorang yang berpendidikan malah turut gembira apabila Rashidi memperisterikan pengarah drama Kampung People itu

“Saya beritahu pada anak perempuan saya yang dia pasti akan menyukai Hasliza. Sebab Hasliza adalah seorang yang baik dan dia juga suka membaca sama seperti anak perempuan saya.

“Saya sangat gembira apabila Rashidi memperisterikan dia. Hasliza juga seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Kami juga baik sahaja,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Vanidah memberitahu dia bakal muncul dalam sebuah telefilem pada hari raya Aidilfitri kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Imej Bertudung, Vanidah Imran Mahu Betul-Betul Bersedia Sebelum Berhijrah – “Doakan…Saya Tahu Ia Tuntutan & Wajib”

Terdahulu, Vanidah menamatkan zaman ibu tunggal dan selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris, 43 pada Julai 2022.

Untuk rekod, Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidi pada 1 Oktober 2000 namun berpisah pada 9 Ogos 2018. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

Hiburan Mon, 10 Dec 2018
Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Intan turut tampil menjelaskan punca sebenar kejadian berkenaan selepas timbul kemungkinan ada pihak yang mengaitkannya dengan pengambilan kafein.

Featured Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

error: Content is protected !!