Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 25, 2023 @ 11:52am

Isteri Tak Bagi Jumpa Syamsul Yusof, Aaron Aziz Akur Demi Mengelak Kesihatan Mental Keluarga Terjejas – “Bila Anak Menangis… Ini Dah Maximum!”

Isu kemelut antara pelakon, Datuk Aaron Aziz dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof hangat menjadi perbualan ramai di media sosial ekoran penguguran namanya dalam filem The Original Gangster.

Perkongsian terkini Aaron di Instagram miliknya mencuri perhatian selepas memuat naik perbualan WhatsApp antara isterinya, yang tidak mahu suami tercintanya itu berjumpa dengan pengarah tersebut.

Berdasarkan perbualan itu, isterinya, Datin Diyana Halik berasa sangat cemas dan tertekan atas kontroversi yang melanda suaminya itu.

Selain bimbang dengan keselamatan suaminya itu, Diyana juga bermohon agar Aaron memikirkan mengenai kesihatan mental keluarga.

Menerusi ruangan kapsyen, Aaron akur dengan permintaan isterinya itu untuk tidak berjumpa dengan Syamsul untuk mengelak keadaan menjadi lebih keruh.

“Alhamdulilah. Saya minta maaf semua yg call.. Saya tak angkat phone call sebab tak nak comment apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik nangis and bila isteri saya nangis tu maximum dah.

“Satu-satunya yang selalu nasihat saya, isteri saya. Kalau isteri cakap NO masih boleh bincang. Kalau isteri cakap i forbid you, dah level lain.

“Saya dah cakap bahagian saya. Tu saja. Tiada komen lagi dan saya tak akan jawab sebarang persoalan. Saya bekerja untuk keluarga dan kesihatan mental mereka sangat penting. Mereka adalah keutamaan saya,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke Instgaram Story (IGs) Syamsul, pengarah yang juga pelakon turut memuat naik kenyataan untuk kembali maju kehadapan dan melupakan segala isu yang terjadi ini.

“Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG. Tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

“Keputusan mengugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon. Saya mengambil tanggungjawab atas semua kesalahan mengenai perkara ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini, Terima kasih,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kau Jangan Petik Nama Pelakon Lain!” – Isu Nama Digugurkan, Aaron Aziz Tampil Jelas Perkara Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Takkan Tarik Diri Dari Filem Original Gangster – “Kami Sokong & Hormat Syamsul Yusof Sebagai Pengarah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Trending Wed, 25 Mar 2020
Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Trending Thu, 19 Nov 2020
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

Featured Thu, 25 Jul 2019

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Kalau berkesan, apa salahnya, kan?

Trending Sun, 1 Apr 2018

忘记自己也是明星? 「浩克」追星纪录笑翻粉丝

饰演漫威超级英雄「浩克」的马克鲁法洛(Mark Ruffalo),在私底下其实也是个崇拜巨星的小粉丝!近日有网友整理出了他的「追星事迹」,引起许多网友的热烈讨论。

error: Content is protected !!