Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 28, 2023 @ 5:25pm

“23 Hari Tak Jumpa Anak-Anak, Telefon Pun Tak Dibenarkan” – Farid Kamil

Pelakon, Farid Kamil mendedahkan hampir sebulan tidak berjumpa anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Menurut Farid, dia tidak berputus asa dan menegaskan mahu menyelamatkan rumah tangganya, terutama hubungan bersama anak-anak.

“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.

“Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,” katanya.

Ketika ditanya adalah dia bakal memfailkan nusyuz terhadap Diana, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.

“Mahkamah akan putuskan hal tersebut. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,” katanya.

Sebelum beredar memasuki kereta, isteri Farid, pelakon Diana Danielle sempat berkongsi keadaan anak perempuan, Nur Aurora yang dipercayai dalam keadaan trauma.

Satu perjumpaan antara Farid dan Diana bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam, pada pagi Selasa.

Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengn membawa jambangan bunga mawar untuk isterinya dan sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal iaitu pada jam 8.55 pagi dengan memakai baju berwarna hitam ditemani pengawal peribadinya.

Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kredit foto: Mohd Adzlan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

梁静茹706办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会

「情歌本格派」回来啦!梁静茹将于7月6日,在吉隆坡举办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会。

Featured Tue, 19 May 2020
Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Sebak…Wak Doyok Kongsi Kenangan Manis Bersama Arwah Baba

Menerusi laman Instagram Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, dia menulis serba sedikit tentang arwah bapanya itu…

Hiburan Tue, 8 May 2018

Takziah buat Aunty Lai Meng’

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

error: Content is protected !!