Featured By: Atiqah Johari March 28, 2023 @ 5:37pm

“Saya Bukan Penjenayah Tapi…” – Ali Puteh Pelik Kerjaya Terganggu Akibat Isu Hidayah, Janji Langsai RM60,000 Sebelum Raya

Pelawak Ali Puteh memaklumkan bahawa dia akan melangsaikan bayaran denda yang diperintahkan oleh mahkamah kepada balu abangnya Allahyarham Abam Bocey, Norhidayah sebanyak RM60,000 sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Artikel Berkaitan: “Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengakui bahawa dia berdepan kekangan untuk membayar saman tersebut kerana tidak menerima tawaran seni.

Malah, Ali mendedahkan bahawa dia menggunakan segala media sosial untuk memperoleh pendapatan bagi membayar RM60,000 kepada Hidayah secara pukal.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” luahnya kepada Harian Metro.

Ali turut memberi penjelasan mengenai rumah Abam yang diminta balu abangnya itu, dia menyatakan rumah tersebut tidak boleh diserahkan kepada Hidayah kerana ia rumah pusaka arwah ibunya.

Malah, Ali akan membayar saman bagi mengelakkan rumah pusaka tersebut disita.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusakan arwah emak saya. Banyak pula peguam bersara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emal say aitu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” jelas Ali.

Artikel Berkaitan: Belum Mampu Bayar Hutang Hidayah Sebanyak RM60,000, Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Pula Bakal Disita

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Jan 2019

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Minta netizen hentikan fitnah terhadapnya!

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Fab Foodies! Tue, 22 Oct 2019

Nikmati Makan Malam Bertemakan Makanan Tradisional Cina Terbaik Di Genting Highlands!

Menarik menu di Restoran dan Bar FUHU ni. Apa lagi guys, try lah!

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Selepas dua tahun perkenalan, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, hari ini.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Teringat Bapa Di Hospital, Aman Nassim Sebak Di Hari Pernikahan

Dengan sekali lafaz, pelakon Abdul Rahman Nasim, 29, selamat bergelar suami kepada pensyarah ASWARA, Nor Baizura Abdul Ghani, 33, tepat jam 10.35 pagi, hari ini. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Ghani Ilyas disaksikan […]

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

BTS’ J-Hope Finally Drops The Date of His New Mixtape

BTS’s rapper and dancer, Jung HoSeok also known as J-Hope has finally confirmed the date of his much awaited mixtape.

Trending Mon, 30 Mar 2020

[TERKINI] Pesawat Bawa Pasukan Perubatan Perangi Covid-19 Meletup, 8 Maut

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat