Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 10, 2023 @ 1:40pm

[VIDEO] Fazura Beri Petua Ibu Mengandung, Netizen Spekulasi: “Hint Ke Ni?”

Pelakon Fattah Amin berkongsi sebuah video ketika isterinya, pelakon cantik Nur Fazura sedang memberikan tips kepada ibu mengandung.

Pelakon drama bersiri Pink Smile itu memuat naik video terbabit di laman sosial TikTok miliknya.

@fattahamin Doakan 🤲 @Fazura ♬ original sound – Fattah Amin

“Makan je apa yang kita nak masa mengandung first time.

“Second time, I akan jaga badan,” kata Fazura dalam video tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen seakan-akan Fattah memberikan ‘hint’ kepada peminat bahawa isterinya sedang mengandung.

“Doakan,” tulis Fattah di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat pelbagai respons positif netizen yang rata-rata mendoakan agar ibu kepada Nur Fatima Aisya itu dapat menimang cahaya mata kedua.

“Moga ada rezeki buat Fattah dan Faz.

“Semoga dipermudahkan Nyamma dapat adik.

“Semoga ada rezeki Faz pregnant lagi,” tulis netizen.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumahtangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Ebby Yus, Usop Gahai & Fuad Nasir Angkat Loghat Nogori Dalam ‘Jom Balik Raya’

Jom Balik Raya merupakan lagu hasil kolaborasi Ebby Yus bersama dua bakat muda, Usop Gahai dan Fuad Nasir.

Selebriti Wed, 6 Dec 2023

Masih Impi Watak ‘Hero’ Namun Azri Iskandar Tak Lagi Selektif

Kalau Bollywood umur macam sayalah bawa hero seperti Amir Khan, Shahrukh Khan dan Salman Khan, manakala di Hollywood pun Brad Pitt semua sebaya saya – Azri Iskandar

Trending Fri, 19 Feb 2021

Pelajar Gemarkan Konsep DidikTV Kerana Pendekatan Silibus Pelajaran Yang Lebih Menarik

Baru sahaja dilancarkan pada 17 Februari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, DidikTV telah menerima pelbagai maklum balas yang baik dan menjadi buah mulut dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar. Masakan […]

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Cromok & Barbarik Bergabung Dalam Konsert ‘Black On White’, Janji Pengalaman Luar Biasa

Cromok dan Barbarik bakal berkongsi pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini.

Replicated Draft Thu, 30 Nov 2023

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut. Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri. Namun begitu, seiring berlalunya hari dan […]

error: Content is protected !!