Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 11, 2023 @ 11:25pm

Sabar Dalam Rumah Tangga, Nabil Ahmad Bersyukur Dikurniakan Isteri yang Memahami

Pelawak terkenal, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri, Nazirah Ayub yang sabar dan memahami dengan kerenahnya.

Menurut Nabil, isterinya merupakan seorang yang penyabar.

“Satu yang saya belajar daripada perkahwinan ini, isteri saya sebenarnya seorang yang sabar dengan saya.

“Kadang bila tengok kawan diuji, saya cakap, bagilah kesabaran kepada isteri aku. Alhamdulillah, isteri saya sangat memahami dan mempunyai sifat penyabar,” katanya.

Berikutan isu pergolakan rumah tangga yang dialami oleh beberapa rakan selebriti yang hangat diperkatakan, Nabil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Memang banyak perkara yang terjadi sekarang, lebih-lebih lagi melibatkan masalah rumah tangga rakan-rakan selebriti tapi saya tak mahu beri komen.

“Saya juga tak boleh nafikan dalam rumah tangga memang ada isu, pasang surutnya, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi hubungan suami isteri,” ulasnya lagi.

Untuk rekod, Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Naira Miykayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Tahniah Datuk Aaron Dan Juga Dato Farid Kamil!

Aktor terkenal Farid Kamil dan Aaron Aziz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang

Featured Wed, 14 May 2025
Trending Thu, 1 Nov 2018

Hilang Pelanggan Dan Rakan Jurusolek Gara-Gara Bulu Mata Palsu!

Nina enggan melakukan sesuatu yang bertentangan agama.

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Setiap Kali Solat, Saya Tak Pernah Lupa Doa Buat Mereka” – Salina Saibi Gembira Hubungan Syamsul Yusof Bersama Keluarga Kini Baik

Salina Saibi meluahkan rasa syukur dan gembira tatkala melihat hubungan kekeluargaan mereka kembali akrab.

Trending Sat, 24 Oct 2020

Darurat Kesihatan Dijangka Akan Dilaksanakan

Semoga baik-baik sahaja Malaysiaku!

Featured Fri, 23 May 2025

“Ini Bukan Filem Budak-Budak Je” – Penuh Dengan Aksi Fight , Ejen Ali The Movie Jauh lebih Padu!

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bukan sekadar tontonan untuk kanak-kanak.

Trending Thu, 14 May 2020

PKPB Raya, Ini Cara Kembalikan Mood Hari Raya Seperti Di Kampung

Mood hari raya masih on kalau korang lakukan lima perkara ni..

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Syed Saddiq mohon diberikan ruang dan masa untuk bersama keluarganya.

error: Content is protected !!