Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 13, 2023 @ 6:21am

[VIDEO] Shuib Bakal Nikah Watie Hanifiah Jun Ini – “Persiapan Sudah 30%”

Pelawak Shuib bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Watie Hanifiah pada Jun ini.

Bersedia untuk menamatkan zaman duda, Shuib dan Watie sedang dalam proses untuk menyediakan persiapan perkahwinan.

“Kini sudah 30 peratus. Insya-Allah, bulan Jun. Nanti saya akan umumkan tarikh. Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan jalankan majlis pernikahan dan persandingan. Persiapan busana belum lagi.

“Saya tak mahu bernikah dengan terlalu ‘grand’, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga. Ini adalah perkahwinan pertama dia, jadi sudah tentu keluarga belah sana mahu meraikan kami. Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Rancang Nikahi Watie Pertengahan Tahun Ini

Ditanya mengenai perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu mendedahkan bakal isterinya gembira dan berharap semua proses berjalan lancar.

“Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk dia duduk di situ, tapi saya berharap semoga Allah permudahkan.

“Anak-anak selesa dengan dia. Alhamdulillah, keluarga pun selesa dengan dia. Saya rasa itu satu anugerah. Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap didengari, itu dan ini. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin perkara ini sangat baik.

@xtra_my Bakal nikah bulan 6 ni… Wah, dah dekat sangat lagi 2 bulan je. Tahniah Shuib & Watie, semoga semua urusan ke jenjang pelamin dipermudah ya 😍 #Xtra #xtramy #xtratonton #shuib #shuibsepahtu #iamwatie #watie #watiehanifiah #beritatiktok #beritaditiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

“Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik. Sudah seemstinya saya berdebar mahu bergelar suami sekali lagi, tapi bila saya lihat anak-anak, saya rasakan saya perlukan seseorang untuk ada dengan saya,” katanya.

Mengakui perlukan sistem sokongan yang baik, Shuib menegaskan arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah tidak boleh diganti.

“Kita tahu kebolehan dan kemampuan kita, jadi bila ada orang sudi sama-sama dengan kita, ia satu pemberian Allah. Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik di masa akan datang. Jadi saya berharap semuanya dipermudahkan Allah. Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan bersendirian.

“Sejak dulu saya suka meriah, gembira, ramai-ramai, saya suka jemput orang datang rumah, jadi apabila saya sendiri, saya rasa itu bukan saya. Saya seorang yang bekeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga itu, lagi saya gembira. Bila ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak saya, jaga saya juga, saya kena hargai, Insya-Allah.

“Arwah Sarah tidak boleh diganti. Itu sudah pasti. Tapi pada pandangan saya, ada 20 peratus sisi dia yang sama seperti arwah. Saya nampak dia boleh jadi ibu yang baik, Insya-Allah. Saya nampak usaha yang dia berikan untuk ibu saya, untuk mertua saya, untuk anak-anak saya,” katanya.

Shuib ditemui di majlis berbuka puasa Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di Eastin Hotel, Petaling Jaya, semalam.

Di majlis sama, mereka turut melancarkan video muzik Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dan drama sempena Syawal berjudul Raya Akhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Featured Fri, 2 Dec 2022

Kongsi Perjalanan Perit, Meerqeen Dedah Pernah Bergaduh Dengan Bapa – “Sekarang, Dia Penyokong Utama Saya”

Rupa-rupanya complicated perjalanan Meerqeen sebelum masuk industri seni 😢 Min sebak jap bila ayah Meerqeen akhirnya bangga dengan anak dia ni 😭😭 Fly High, Meerqeen!

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Nur Sajat Has Her Own Show!

The lady has been the icon of controversy for the longest of time now but that does not mean her influence isn’t strong. Now, she has even has her own reality show!

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

error: Content is protected !!