Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 19, 2023 @ 3:38pm

Uyaina Arshad Diserang Migrain Teruk Ketika Live WHI – “Sakit Kepala Yang Dahsyat, Semua Jadi Dua”

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi detik cemas diserang migraine tahap teruk ketika sedang bersiaran langsung mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).

Isteri kepada pempengaruh, Raja Syahiran ini mendedahkan perkara tersebut di Instagram Stories (IGs) miliknya pada petang Selasa.

Menurut Uyaina, bahagian kepala kirinya terlalu sakit sehingga tidak boleh berdiri dan tidak mampu untuk membuka mata.

“Guys, this just happened to me. Tadi masa live dekat Wanita Hari Ini (WHI), tapi halfway through, saya dah tak host.

“Sakit kepala yang sangat dahsyat. Muka berkerut tahan sakit. Nak berdiri tegak dan buka mat tak boleh sebab kepala sakit sangat-sangat.

“First time jadi semasa live macam ni. Saya rasa kalau saya teruskan juga tadi, boleh pengsan. Sakit di bahagaian kiri kepala saja. Sometimes pening sampai tahap nampak semua benda jadi dua.

“Mata berpinar-pinar. Berpeluh teruk. Muntah loya..,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: #BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Susulan itu, setelah mendapatkan rawatan doktor Uyaina berkata ini adalah serangan migraine yang paling teruk pernah dilaluinya.

Uyaina turut berkongsi antara faktornya diserang migrain iaitu tidak cukup berehat, minum kopi dan panas.

“Tadi petang dah jumpa Doktor. Dia kata saya kena migrain aura. Dalam seminggu ni, sehari je tak migrain dan tadi paling teruk.

“Doktor kata untuk saya antara yang trigger migraine berjaga malam sebab anak kecil, tak cukup rest dan tidur, kopi dan panas,” katanya lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Hiburan Tue, 9 Dec 2025
Featured Thu, 2 Aug 2018

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Hiburan Sat, 17 May 2025
Trending Tue, 28 Dec 2021

Noki & MK K-Clique Rebut Cinta Gadis Bernama Mira… Apa Cerita Ni?

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK kini dalam persaingan untuk merebut hati seorang gadis bernama Mira. Ha, jangan terkejut kerana itu hanyalah jalan cerita naskhah yang dibintangi oleh mereka bersama Elisya Sandha dalam drama […]

Trending Tue, 1 Dec 2020
error: Content is protected !!