Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 10, 2023 @ 12:13am

Masih Pegang Pesanan Arwah Isteri, Shuib Minta Restu Anak-Anak Kahwin Dengan Watie – “Dia Adalah Orang Terakhir Saya Tunggu…”

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan telah mendapatkan persetujuan anak-anak sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun ini.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 39, dia berniat untuk tidak berkahwin atau terus menduda sekiranya tidak memikirkan tentang anak-anak.

Malah, dia masih ingat pesanan arwah Siti Sarah untuk menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga sebab memikul tanggungjawab sebagai bapa bukan mudah.

“Saya tahu tugas bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya dan saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan membujang.

“Saya ada tanggungjawab besar sebab arwah Siti Sarah Raissuddin mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk bersama saya,” katanya.

Shuib ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, hari ini.

Sementara itu, Shuib memberitahu persetujuan daripada Uwais Alqarni, 12, paling diambil kira kerana anak sulungnya itu sudah mula faham tentang pelbagai perkara.

“Walaupun anak-anak masih kecil, mereka cepat menjadi dewasa dengan keadaan yang dilalui sebelum ini.

“Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting Uwais sebab dia dah berusia 12 tahun dan makin dewasa.

“Dia adalah orang terakhir yang saya tunggu untuk kata setuju. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” ujarnya.

Sabtu lalu, Shuib telah mengikat tali pertunangan dengan Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dan memilih 23 Jun depan untuk bernikah.

Untuk rekod, Shuib telah kehilangan isteri, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun lima bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Bengang?

 Tidak salah apa yang diluahkan oleh Sakinah. Asalkan, jangan menyusahkan orang lain kerana salah sendiri. Okay?

Featured Tue, 2 Sep 2025
Events Thu, 23 Jan 2025

Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” Pilih Tema Busana ‘Dress To Kill’

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam penuh magis ini!

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Ehemm so apa status Ame dengan Aedy ya? Guna kreativiti masing masing ok

Trending Fri, 29 May 2020
Fab Foodies! Fri, 8 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Ayam Bakar Mozarella

Lumurkan campuran pada ayam dan bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah hingga separuh masak. Setelah separuh masak, taburkan keju mozzarella dan bakar lagi selama 5-8 minit sehingga ayam masak sepenuhnya. Siap!

Trending Sun, 1 Aug 2021

“Dulu Dia Kecam Saya, Alih-Alih Dia Busking Cari Rezeki Nyanyi Lagu Saya” – Harry Khalifah Bangga Dengan Lagu Genre ‘Leman’

Penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui berbangga dengan genre muzik ‘kampung’ yang dibawakan olehnya. Biarpun genre terbabit kadangkala dikritik netizen, karya yang dihasilkan oleh Harry semuanya ikhlas untuk peminat yang disayangi. “Saya berbangga nyanyi dan […]

error: Content is protected !!