Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 6:30pm

Hazeeq Dean Syukur Bakat Lakonan Disedari Ramai, Ingin Cabar Diri Bawa Watak Yang Berbeza

Sejak namanya mula meningkat naik, pelakon Hazeeq Dean semakin meraih perhatian ramai dalam kalangan peminatnya.

Tidak pernah terfikir namanya akan kerap menjadi sebutan ramai, Hazeeq bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila bakat lakonannya mula disedari ramai.

“Tak pernah terfikir nama tu akan melonjak naik sebab saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon berdasarkan apa yang diminta di dalam skrip.

“Alhamdulillah, rezeki saya makin luas dan adalah tawaran yang datang tapi semuanya bergantung pada jalan cerita sesebuah naskhah tu, kalau okay saya teruskan,” katanya.

Menurut Hazeeq, dia ingin mencabar dirinya untuk mencuba pelbagai watak yang berbeza dalam lakonannya.

Malah, dia juga meluahkan hasratnya untuk terlibat dalam drama yang bergenre romantik dan kisah cinta memandangkan dirinya kerap menjayakan watak antagonis sebelum ini.

“Saya lebih suka mencuba watak-watak yang berbeza macam sebelum ni dalam Projek High Council tu jahatnya sangatlah berbeza.

“Tapi sekarang ni saya macam nak cuba berlakon drama yang bergenre romance, kisah cinta sebab as budak sekolah dah. So, kalau ada watak yang lagi mencabar tu memang saya looking for that.

“Sejujurnya, saya memang teringin sangat nak bawa watak bercinta sebab saya dah selalu sangat bawa watak antagonis. So, saya memang teringin sangat nak bawa watak macam tu,” jelasnya.

Menyedari popularitinya mula meningkat naik seperti rakan seperjuangannya iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf, Hazeeq turut meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan yang dikecapi bersama.

Malah, dia juga sudah menganggap mereka seperti keluarganya dan sering bertukar pendapat bersama.

“Saya sangat gembira tengok kawan-kawan saya makin lama makin meletup sebab itu yang kami rancang dari awal. Sekarang ni semua tu satu persatu datang.

“Sejujurnya, kami tak pernah bandingkan populariti antara satu sama lain sebab bagi saya kita semua hanya nak yang terbaik untuk sesama sendiri.

“Saya anggap mereka macam keluarga sendiri yang bangga tengok kejayaan masing-masing. Kami juga selalu berkongsi pendapat bukan sahaja tentang kehidupan, kami selalu bertukar pendapat untuk nak buat sesuatu watak tu lebih gempak dan beri yang terbaik bila nak dikeluarkan di kaca televisyen tu,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
Featured Fri, 2 Jul 2021

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah memasuki usia 10 tahun. Dalam postingnya di Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa tidak percaya sudah hampir 10 tahun berkongsi kehidupan […]

Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Featured Sat, 14 Jan 2023

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan. @faiznurzin #fyp #faiznurzin #tiktokmalaysia #kekuatan #kesabaran #ketenangan #puterisarahliyana ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, […]

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Ridzuan Ridzokumura tak pasti bagaimana Allahyarham Akiko boleh terjatuh

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Trending Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!