Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 3, 2017 @ 2:31am

Tasha Shilla Di Kata Mencari Publisiti Murahan

Memuat naik gambar seksi di atas kapal, Tasha Shilla sekali lagi dihentam teruk hingga ada mendakwa beliau ingin mencari publisiti murahan. Kecewa dengan tuduhan sebegitu, Tasha memberitahu beliau juga punya maruah dan harga diri dan hanya cuba menjadi diri sendiri.

“Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi”

“Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum”

Gambar tersebut dimuat naik menunjukkan Tasha memakai seluar pendek dan baju yang hanya menutup bahagian payudaranya ketika bercuti. Jelasnya, gambar itu dimuat naik ketika beliau bercuti bersama ibu dan adik beradiknya.

“Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 May 2025

Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Buka Kedai Kopi Di APW Bangsar?

Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!

Featured Fri, 6 Feb 2026
Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Dakwaan Dah Kahwin, Tajul Naik Angin!

Jaga hal sendiri dah. Nak cakap kau besar, aku pun hidup bukannya sebatang kera. Awas ya siapa yang cakap Tajul dah kahwin…

Featured Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

That Hilarious Moment When BLACKPINK Rosé’s Bodyguard Stole The Show

Let’s be honest, who wouldn’t fall for Rosé?

error: Content is protected !!