Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 12, 2023 @ 5:04pm

[VIDEO] Rebecca Nur Al Islam Selamat Bersalin Bayi Keenam, Syukur Proses Pembedahan Berjalan Lancar

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melahirkan bayi keenam jam 8.30 pagi tadi, di sebuah pusat perubatan di ibu kota, di sini.

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di Instagram Rebecca.

Rebecca meluahkan rasa syukur apabila bayi lelaki seberat 2.71 kilogram itu selamat dilahirkan dalam keadaan pembedahan.

“Alhamdulillah di pagi Jumaat yang penuh barakah, hari ini pada tarikh 12.05.2023 pada pukul 8.30 pagi tadi saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan.

“Syukur kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik.

“Bayi lelaki saya dilahirkan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm,” kongsi Rebecca.

Perkongsian tersebut turut memaparkan momen-momen manis saat bayi lelaki Rebecca dilahirkan di dewan pembedahan.

 

Dalam pada itu, Rebecca turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rebecca Nur Al Islam Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan Esok, Mohon Doa Semua

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Raeggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Ini Jawapan Janna Nick Tentang Status Hubungannya Bersama Sheila Rusly

Semoga hubungan kedua-dua pihak kembali seperti sediakala

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Raja Komedi Terkenal Meninggal Dunia

Sepanjang kerjayanya, mendiang cukup dikenali menerusi naskhah seperti ‘The Odd Couple’, ‘The Sunshine Boys’, ‘Barefoot in the Park’ dan ‘Lost in Yonkers’.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Tue, 20 Aug 2019
Trending Thu, 20 Sep 2018
error: Content is protected !!