Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 29, 2018 @ 4:33am

Berita Bakal Berkahwin Mula Tular, Nurul Izzah Minta Netizen Tumpu Selamatkan Ekonomi Negara!

Berita Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan bakal bernikah dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mula tular di sosial media!

Namun, Izzah meminta agar netizen lebih tumpu kepada perkara lebih penting termasuklah menyelamatkan ekonomi negara.

“ Tolong abaikan berita palsu yang tersebar. Marilah kita memberi perhatian kepada kerja menyelamatkan ekonomi negara,” kata beliau kepada salah sebuah portal berita tempatan.

Khabar awal bermula apabila ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri, dan Anwar, Ketua Umum PKR, turut membuat kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra.

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

Lawatan tersebut bagaimanapun telah disalah anggap sebagai kunjungan bagi membincangkan hal perkahwinan Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003.

Perhubungan itu bagaimanapun berakhir selepas pasangan itu bercerai talak satu pada Januari 2015.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Oct 2019
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Saya Tetap Di Sisi Dia” – Chacha Maembong Enggan Ulas Kisah Cinta Emma, Minta Henti Spekulasi

Chacha Maembong turut berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi yang boleh memberi tekanan kepada Emma Maembong

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Sat, 29 Oct 2022

“Terima Kasih Selama Ni Jaga Makan & Sakit Aku” – Hubungan Persahabatan 2 Remaja Undang Cemburu Netizen

Tular sebuah video persahabatan dua orang remaja telah meraih perhatian warganet di media sosial. Dijaga oleh kawannya ketika sedang sakit, Fariz melahirkan rasa syukur mempunyai teman yang baik.. Aksi dimandikan oleh sahabatnya ketika Fariz sedang […]

error: Content is protected !!