Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Fatin Nurain June 7, 2023 @ 10:51am

Celoteh Sajat Buat Baca Berita Challenge Undang Tawa – “Sempat Lagi Kau Complain Ya Jat!”

Usahawan dan pempengaruh Nur Sajat atau Sajat sekali lagi menunjukkan bakatnya sebagai pembaca berita sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Sajat telah membuat Baca Berita Challenge bersama penyampai berita, Marsila Hassan, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Sajat sempat membebel dan berceloteh gara-gara tidak sempat membaca petikan yang dipaparkan pada skrin.

Lebih mencuit hati, usahawan itu turut meluahkan rasa kurang senangnya apabila dia perlu membaca teks yang lebih panjang berbanding penyampai berita tersebut.

“Apasal susah sanga, part aku panjang sangat ni? Kejapnya kau punya part. Apa ni, panjangnya part aku. Kau boleh eh, kita bayar gaji sama je.

“Senangnya kerja kau. Sedih macam ni. Tak boleh eh, kalau macam ni mak boleh gaduh dengan dia. Kau ni aku baru masuk kerja. Kau bagi aku baca panjang-panjang, bagilah aku baca yang pendek.

“Aku ni baru masuk kerja memang gagal aku nak pulak ada Bahasa Inggeris, Bahasa Sains,” katanya.

@hafle.hs Mari baca berita BULETIN TV3 @tv3malaysia via @nursajat23 @NURSAJAT LEGACY COSMETIC AU #pesansajat #motivasinursajat ♬ original sound – 𝚑 𝚊 𝚏 𝚕 𝚎

Terhibur dengan gelagat usahawan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen di ruangan komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Mon, 1 Dec 2025
Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram […]

Featured Mon, 14 Jun 2021

“Selalu Tanya Abang Ahmad..”- Fedtri Yahya Dedah Kesungguhan Pelajar Raih A+ Subjek Tasawwur Islam Dalam SPM

Kisah seorang remaja berbangsa India, V Easwaran yang memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Tasawwur Islam  ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari mendapat perhatian ramai. Menurut  V. Easwaran yang ditemui di sidang media secara […]

Featured Sat, 12 Apr 2025
Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Thu, 10 Apr 2025

Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?

Dakwanya lagi, Zahnita turut mengeluarkan kata-kata makian termasuklah culas dalam mengurus perniagaan.

Featured Fri, 10 Jun 2022

9 Tahun Bersama Hot FM, Haziq Hussni Umum Undur Diri

Bye Haziq! Terus terbang tinggi…

error: Content is protected !!