Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 12, 2023 @ 7:03pm

“Tunjuk Prihatin, Betul Ikhlas Ke?” –  Individu Dakwa Founder Terkenal Bantu Kes Viral Untuk Cipta Nama & Marketing?

Baru-baru ini, nama personaliti media sosial dan usahawan terkenal heboh di ruangan media sosial TikTok selepas terdapat individu mendedahkan mengenai sikap pembantu peribadinya.

Menerusi pendedahan tersebut, individu itu berkata pempengaruh tersebut dikhabarkan memilih projek yang hanya akan memberi keuntungan kepada pihak mereka sahaja.

Perkara tersebut timbul selepas individu itu mahu meminta sumbangan daripada syarikat pempengaruh itu untuk membawa anak muridnya ke Sabah bagi mengurangkan kos pengangkutan.

Jelas individu berkenaan, dia terkejut dengan tindakan pembantu peribadi pempengaruh itu yang seakan biadap dan angkuh.

“Sebelum ni adalah saya contact seorang personal assistant (PA) kepada influencer/founder terkenal ni.. Tujuan call hanya untuk bertanya tentang permohonan sponsor untuk program sekolah (saya nak bawa murid untuk pergi Sabah)  jadi kita cari fund kalau boleh kurangkan kos..

“Kami tak paksa pun untuk bagi sumbangan.. Nama pun permohonan kita cuma cuba mana tahu rezeki anak-anak murid dapatlah kurangkan sikit kos untuk diorang bayar join program ni.

“Saya call tanya feedback dapat sumbangan ke tak.. Nak tahu jawapan je dapat atau tak tak apa. Tapi PA ni dengan nada yang sangat arrogant dia tanya saya, hantar dekat siapa, saya cakap hantar sendiri dekat office.

“PA kata tak terima dan cakap pihak mereka tak ada peruntukkan untuk program macam ni. Saya cuma terkejut.. ,” katanya.

Individu tersebut bagaimanapun akur dengan keputusan pempengaruh itu namun terkilan dengan cara PA memberi jawapan.

“So ok la saya macam tak apalah tu hak diorang cuma terkilan ada ayat dia last tu, ‘kita takkan bagi kalau tiada kepentingan untuk kita’.

“Saya terus fikir patutlah viral laju je tolong, marketing kan. Jadi selama ni yang tunjuk tu semua sebab ada kepentingan la ya?

“Bukan betul-betul ikhlas nak tolong? Selama ni tunjuk prihatin sebab nak nama je ke?,” soal individu berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak pempengaruh tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Thu, 26 Sep 2019

President Ukraine dan Idea Whatsapp Group “World Leaders”

Kalau betul ada whatsapp group “World Leaders”..pasti kecoh!!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Siti lancar tabung kebajikan peminat

tabung berkenaan diwujudkan atas inisiatif beliau yang menganggap peminatnya sebagai darah daging sendiri.

Hiburan Thu, 7 Jul 2022

“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

Meerqeen bagi ‘amaran’ pada Dai Syed jangan ganggu Anna Jobling.

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

Events Wed, 23 Jan 2019

Immerse Yourself in a Surround Sound Live-Music Experience

Imagine listening to good quality music in it’s best form, live!

error: Content is protected !!