Euforia Bola 2026
Drama By: Fatin Nurain July 1, 2023 @ 12:25pm

“Kalau Ada Rezeki, Kita Jumpa Dalam Lelaki Itu” – Erma Fatima

Pelakon, pengarah dan penulis skrip Erma Fatima tampil menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada penonton setia drama bersiri Perempuan Itu yang baru sahaja melabuhkan tirainya, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut Erma, dia telah menerima pelbagai maklum balas daripada penonton drama yang sarat dengan mesej dan pengajaran dari sudut agama itu.

“Maaf kerana saya tak mampu hendak membalas semua mesej dan pertanyaan sahabat semua. Semoga jelas penjelasan saya ini dan saya harap anda tidak berhenti menyokong karya-karya tempatan.

“Selesai sudah 30 episod. Terima kasih kepada yang menonton. Saya dapat banyak komen daripada awal siaran hinggalah ke hari ini. Ada yang puas hati, ada yang tak puas hati. Apa pun, saya tak mampu nak puaskan hati semua orang,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Erma turut menjelaskan karakter setiap watak dan segala persoalan yang diajukan oleh penonton terutamanya watak Musalmah yang dijayakan oleh Balkis Semundur.

Tambah Erma, setiap jalan cerita menerusi drama ini untuk mempamerkan hak setiap wanita dan perlakuan mereka yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.

“Itu saya tidak perlu bercerita dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mempamerkan tentang kita ada ramai jenis wanita di luar sana.

“Jadi, perempuan itu bukan Khalish sahaja, ada ramai perempuan dalam cerita ini yang membawa karakter ramai wanita di luar sana. Kalau kita kaji, ada banyak yang saya cuba sampaikan dalam drama itu seperti sifat-sifat wanita itu sendiri.

“Alhamdulillah, sebenarnya karya ini banyak beri saya peluang untuk memahami surah-surah tentang wanita seperti surah An-Nisa. Ketika saya buat skrip ni saya terpaksa rujuk beberapa surah yang ada dalam Al-Quran,” jelasnya.

Mengakui kecewa drama ini tidak dapat ditayangkan menerusi kaca televisyen pada tahun lalu, Erma bagaimana pun berharap agar penonton dalam menilai karyanya dalam pelbagai sudut.

“Mungkin ada hikmah disebaliknya saya percaya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Saya harap sangat anda tidak hanya melihat tentang soal poligami, soal penyondol dan sebagainya, tetapi lihatlah di sudut lain juga tentang kehidupan kita sebagai seorang wanita,” katanya.

Enggan mempamerkan adegan cliche dalam setiap karya dan sesebuah drama, pengarah itu menyatakan dia tidak mahu terus menjadi seorang penulis skrip yang terus menghukum setiap watak antagonis.

“Saya percaya, penonton tak bodoh, mereka sangat bijak untuk mentafsir, melihat dan membaca setiap gambaran yang dipaparkan dalam drama itu,” katanya.

Turut meleraikan tanda tanya para penonton, Erma menyatakan dia tidak akan menghasilkan musim kedua untuk drama ini kerana sudah sarat dengan mesej yang ingin disampaikan.

“Tidak akan ada Perempuan Itu 2. Cukuplah saya bercerita dalam 30 episod yang membuatkan anda sengsara. Insya-Allah, kalau diizinkan Allah kita jumpa dalam Lelaki itu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakhiran Yang Menyayat Hati… Penonton Kurang Puas, Minta Erma Fatima Hasilkan Drama Perempuan Itu Musim Ke-2

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Seira Mula Tunjuk Taring, Lakonan Siti Hariesa Dalam Drama Perempuan Itu Berjaya Undang Cemuhan

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Pesanan Tentang Persiapan Diri Sebelum Berkahwin – “Dalami Ilmu Rumah Tangga & Ikut Saranan Agama, Maka Percayalah….”

Deepnyaaaa 🥲🥲 Keberkatan dalam perkahwinan tak semua dapat kan 😣 Buat yang bakal berkahwin, boleh la bersiap sedia dan dengar pesanan Lofa ni ☺️☺️

Hiburan Fri, 16 Aug 2024
Featured Tue, 9 May 2023

“Cuma Tak Dapat Tunai Nafkah Batin…” – Suami Miera Leyana Dedah Beri Belanja Lebih RM20,000 Sebulan Pada Isteri Pertama

Rosland dakwa menyimpan segala bukti ada memberi nafkah kepada isteri pertama, Adibah iaitu madu kepada pelakon Miera Leyana

Hiburan Mon, 5 Aug 2024

“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

Dia ambil berat tentang saya, penyayang dan sangat lemah lembut – Scha Elinnea

Featured Sat, 11 Oct 2025

Digelar Bibik Gara-Gara Masak Untuk Suami, Atikah Suhaime Tampil Bersuara!

Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menempelak segelintir netizen yang kurang sopan menggelarnya sebagai ‘bibik’ meskipun berkahwin dengan orang berada.

Featured Sat, 31 May 2025

Kolaborasi Emosi Ernie Zakri & Anggi Marito Terbit Dalam ‘Kisah Penuh Kecewa’

Bukan sekadar ratapan kecewa lagu ini sebaliknya membawa mesej ketabahan

Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

error: Content is protected !!