Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 20, 2023 @ 2:35pm

Serasi Bersama, Usikan Merqeen Terhadap Hun Haqeem & Erysha Emyra Cetus Tanda Tanya – “Bercinta Betul Ke?”

Pelakon Hun Haqeem tampil meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas terlihat begitu akrab dengan aktres dan pempengaruh, Erysha Emyra, sejak kebelakangan ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Hun telah memuat naik gambarnya bersama Erysha diiringi kapsyen manis.

Namun, Hun turut menggelarkan dirinya Akid yang merupakan wataknya dalam sebuah drama bersiri gandingannya bersama aktres itu.

“Bila gaduh-gaduh teringat bila kita makan ice cream , tu first time awak open up to me . I’m sorry keadaan tak macam awak imagine it to be selepas berkahwin but saya akan usahakan.. One problem at a time.

“Nanti kita ice cream date lagi okey ? 🍦Love , Akid,” tulisnya.

Malah, pelakon itu juga sempat saling berbalas komen dengan aktres itu di ruangan komen perkongsian tersebut.

“Janji kita pergi makan ice cream lagi? 🙁 Saya akan cuba sedaya upaya untuk sabar dengan keadaan awak, tu janji saya,” komen Erysha.

Melihat kemesraan mereka, pelakon Meerqeen juga sempat mengusik kedua-dua pelakon itu seolah-olah ingin mengetahui status hubungan mereka.

“Bercinta betul ke Cha?,” komennya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai respons yang rata-ratanya suka melihat mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Hiburan Tue, 10 Feb 2026
Hiburan Sun, 20 Aug 2023
Trending Thu, 13 Jan 2022

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah […]

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
error: Content is protected !!