Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 31, 2023 @ 6:47pm

Nabil Aqil Mahu Cabar Diri, Idam Watak ‘Cinta Sejenis’ – “Jangan Takut Ambil Saya Untuk Watak G*y”

Pelakon Nabil Aqil berkongsi terdapat pelbagai karakter yang menjadi dambaannya untuk mencabar dirinya sekali gus memperbaiki corak lakonannya.

Nabil atau nama lengkapnya, Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, berkata antara karakter yang ingin dicubanya ialah karakter songsang.

“Saya ada beberapa watak yang saya ingin cuba, pertama sekali watak seorang yang mengalami kemurungan, kedua ialah watak ‘gay’ dan ketiga adalah watak seorang gangster.

“Mengapa? Sebab saya yakin saya boleh bawa watak ‘gay boy’ sebab sekeliling saya pun ramai orang sebegitu. Jadi saya dapat terima dan dah dalami cara mereka, cara percakapan, cara jalan.

“Saya rasa saya boleh bawa watak itu, jadi kepada produser di luar sana, jangan takut untuk ambil saya untuk watak ‘gay boy’,” katanya dalam sebuah temu bual.

Tambah pelakon Budak Tebing 3 ini lagi, dia tidak takut dengan kritikan yang bakal diterima sekiranya menjayakan watak tersebut kelak kerana mahu mencipta kelainan.

“Tak tahu nak cakap takut ke tak, tapi saya okey saja.

“Sebab saya memang nak bawa watak yang berlainan, yang kontra luar biasa,” ujarnya.

Memiliki raut wajah yang ‘jambu’, Nabil tidak lari daripada komen-komen ‘nakal’ dan kritikan daripada warganet malah mengambil perkara tersebut dengan positif.

“Bagi saya komen-komen itu adalah ikhlas daripada orang, kalau mereka beri komen yang buruk saya terima sahaja, baik pun terima. Itu semua atas nak saya ubah diri untuk perbaiki diri.

“Terima kasih yang beri komen-komen sebegitu. Kalau tiada komen begitu, saya mungkin tak tahu apa silap saya, ada kelemahan yang saya perlu perbaiki.

Untuk perkembangan lain, Nabil kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul ‘Hot Fellas’ yang akan menemui penonton di TV3 arahan pengarah Yun Suhaini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – “Ada Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

Kredit: Maskulin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Sat, 3 Jan 2026

“Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

Puteri Sarah berkata fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pembelajaran anak-anaknya tidak terjejas

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Trending Thu, 29 Apr 2021

Nora Perjelas Dakwaan Kahwin Dengan Menteri

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menjelaskan dakwaan beliau kini bergelar isteri kedua kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Menurut penyanyi yang kini berusia 48 tahun , sebaik […]

Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Korang tengok tak babak di mana Izzue tiba-tiba turun stage sebab tak puas hati dilempar telur. Mengamuk betul-betul atau…?

Hiburan Sun, 18 May 2025
error: Content is protected !!