Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2023 @ 6:36pm

Netizen Tampil Jadi ‘Fashion Expert’, Kritik Baju Siti Nurhaliza Macam …

Selepas kejayaan konsert siri jelajah dunia Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini, perhatian pastinya tertumpu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti, 44, bukan sahaja berjaya menyihir ribuan penonton dengan dendangan lagu yang dipopularkan oleh Celine Dion berjudul All By Myself dan The Power Of Love tetapi juga dengan busana ala Barbie yang dipakainya pada malam tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan pengalaman yang telah diberikan kepadanya bagi menjayakan konsert berskala besar ini.

“Setiap kerja adalah pengalaman berharga, tidak kira di pentas apapun. Dapat bekerjasama dengan legenda muzik @davidfoster , bersua dan berkenalan dengan artis antarabangsa, saya tidak pernah menduga sama sekali tetapi peluang yang datang adalah sesuatu yang sangat saya hargai.

“Terima kasih kepada semua penonton yang datang ke konsert malam tadi, sokongan anda semua amat saya dan kami hargai. Terima kasih Yayasan Prihatin Nasional sebagai tuan rumah dan semua pasukan kerja yang terlibat menjayakan konsert ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian pada konsert yang berlangsung di Singapura malam tadi, persalinan Siti dilihat tidak bersesuaian dengan imej penyanyi nombor satu yang dipegangnya.

Menurut peminat, gaun yang dipakai Siti ketika konsert di Malaysia jauh lebih cantik berbanding gaun yang dipakai ketika konsert yang berlangsung di Singapura malam tadi.

Kesal dengan rekaan gaun tersebut, rata-rata peminat Siti tampil menjadi pakar fesyen apabila menganggap rekaan Samm Republic itu seperti ‘baju pengantin lelong.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan gaun kelabu itu seakan-akan seperti salah ukur.

Melihat kepada komen tersebut, terdapat segelintir peminat Siti yang tampil mempertahankan rekaan Samm Republic apabila memuji rekaan itu sebagai patuh syariah kerana tidak menunjukkan bentuk badan penyanyi kesayangan mereka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 May 2026

“Perkara Itu Bukan Satu Perlumbaan” – Tak Kejar Gelaran ‘Raja Rock’, Amy Search Mahu Terus Ikhlas Dalam Berkarya

Amy Search mengakui tidak memandang gelaran ‘Raja Rock Negara’, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dan kejujuran dalam berkarya. 

Featured Tue, 20 May 2025
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Adik Achey Curi Perhatian

Achey Bocey iaitu Nornatasha Hamzah atau Tasya curi perhatian ramai apabila dia bakal bersaing dalam program terbaru, Gegar Lawak.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Janna Nick Dakwa Aktres ‘Scammer’ Pernah Mesej Minta Pinjam Duit, Terkejut Suami Angkat Telefon – “Saya Tak Rasa Nombor Itu Dia Pegang”

Janna mengakui berasa tidak sedap hati dan berharap ada pihak dapat memastikan keadaan sebenar rakannya itu.

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

八度空间「送Happy流动卡车」造势活动正式开跑

「送Happy流动卡车」造势活动将于2019年1月5日起正式开跑!

error: Content is protected !!