Kisah Viral By: Fatin Nurain August 20, 2023 @ 10:10am

Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ibu Yang Sakit, Pemuda Ini Buat Ramai Tersentuh

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang pemuda yang berkongsi kehidupannya selepas berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sakit.

Menerusi perkongsian pemilik akaun @alifr0z, dia turut berkongsi rutin hariannya sepanjang hari ketika menjaga ibunya yang sakit.

Menurut Alif, dia berpuas hati dengan keputusannya meninggalkan kerjaya korporatnya demi menjaga ibunya sepenuh masa.

“Kehidupan selepas berhenti kerja untuk jadi penjaga sepenuh masa mak saya.

”Tinggalkan kerjaya korporat 9 pagi hingga 5 petang saya untuk jaga ibu saya yang sakit terlantar dan itu merupakan keputusan terbaik yang pernah saya buat. Sumpah lagi best jaga sendiri,” tulisnya.

 

Kagum dengan pemuda itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata warganet turut mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda itu.

Setakat artikel ini ditulis, video yang tular itu telah mencecah sebanyak 1.9 juta tontonan dan 225,800 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 Jun 2021

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini. Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang […]

Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Mon, 2 Aug 2021

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik. Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio […]

Featured Thu, 11 Jan 2024
Figura Thu, 11 Jan 2024

Putera Mateen Sah Bergelar Suami Kepada Dayang Anisha

Selamat Pengantin Baru Putera Mateen & Dayang Anisha

Trending Mon, 22 Apr 2024