Figura By: Khairil Khusyairi January 11, 2024 @ 2:41pm

Putera Mateen Sah Bergelar Suami Kepada Dayang Anisha

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah sah bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Menerusi perkongsian secara langsung di RTB Brunei, Putera Mateen dilihat tiba memasuki masjid untuk upacara pernikahannya kira-kira jam 2.10 petang.

Ketibaan Putera Mateen diiringi dengan ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berserta kerabat diraja.

Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim dan mahar sebanyak 1,000 Ringgit Brunei.

Putera Mateen

Putera Mateen

Putera Mateen

17 tembakan meriam menandakan Istiadat Nikah Diraja selesai.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk rekod, Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pasangannya pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Putera Mateen adalah keenam dalam giliran pewaris takhta, namun dilihat sering mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara.

Mateen adalah lulusan dalam politik antarabangsa dari King’s College London. Ketika ini, beliau adalah juruterbang helikopter untuk Tentera Udara Diraja Brunei, yang berpangkat Mejar.

Selain itu, putera ini juga adalah pemain polo dan mewakili negaranya dalam acara sukan itu pada Sukan Asia Tenggara pada 2017 dan 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Putera Mateen & Dayang Anisha Selamat Bertunang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Tiada Lagi Cinta, Adele Umum Bakal Cerai

Adele antara selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat.

Trending Sun, 13 Sep 2020
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

Hiburan Mon, 28 Oct 2019