Trending By: Syamir Shafie January 2, 2024 @ 11:51am

Menjijikkan! Sumbat K*ndom Berisi Syabu Dalam D*bur Sampai Perut…Sanggup Sakit Demi Duit?

Siapa sangka, seorang lelaki sanggup bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh dengan memasukkan dadah ke dalam duburnya semata-mata ingin menyeludup dadah.

Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya diberkas pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Denpasar Bali, Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah melalui dubur, baru-baru ini.

Lebih memalukan apabila suspek merupakan warga negara Malaysia yang dibayar untuk menjadi keldai dadah.

Tidak mempedulikan sebarang kesan yang dialami, suspek lebih mengutamakan keuntungan untuk menyeludup bahan terlarang itu.

Memetik laporan Harian Metro, keldai dadah tersebut terpaksa menahan kesakitan gara-gara menyumbat ketulan kondom berisi dadah syabu ke dalam dubur hingga sampai ke perut.

Difahamkan, dadah tersebut akan diseludup ke Indonesia melalui penerbangan pesawat.

“Lelaki berusia 30-an dipercayai diupah jaringan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah methamphetamine (syabu),” ujar pihak berkuasa.

Modus operandi tersebut bagaimanapun dapat dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan keldai dadah itu bakal berdepan tindakan undang-undang atas jenayah yang dilakukan.

“Hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak Badan Narkotika Nasional (BNN) Bali mengesan empat bungkusan syabu disembunyikan di dalam perut suspek.

“Suspek dikesan memasukkan dadah dibungkus terlebih dahulu di dalam kondom sebelum disumbat dan disorok di dalam lubang duburnya.

“Semua dadah syabu dirampas itu seberat 172 gram dan bernilai hampir RM178,000,” katanya.

Dalam pada itu, dalam kes lain pula, pihak berkuasa Indonesia turut mencekup dua lelaki warga Malaysia ketika membawa masuk dadah syabu melalui lorong tikus di sempadan Sarawak-Sambas, Kalimantan Barat.

Suspek dilaporkan dikejar pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum dikesan cuba menyeludup 15 bungkusan berisi dadah syabu seberat 15.7 kilogram.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Thu, 10 Oct 2019

Apa Cerita Di Sebalik Tulang-Tulang Bertaburan?

Imej Satelit Bongkar China Musnahkan Kubur Muslim Etnik Uighur

Featured Tue, 23 Jan 2024

Shuib Patuh Bayaran KWSP Pekerja, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Netizen Sengaja Sebar Fitnah

Pelawak dan usahawan Shuib tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya ada individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai pembayaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih lagi belum diterimanya sejak tahun 2022 sehingga 2023. Katanya, pihak […]