Trending By: SGMS Enal October 10, 2019 @ 10:01am

Apa Cerita Di Sebalik Tulang-Tulang Bertaburan?

Kerajaan China dipercayai memusnahkan tanah perkuburan yang bersemadi di situ daripada generasi kaum Uighur malah paling menyedihkan tulang-tulang mayat bertaburan yang didakwa oleh aktivis kaum berkenaan untuk meleyapkan identiti kaum tersebut di daerah Xinjiang.

Menurut penganalisisi imej Satelit Earthrise Alliance berkata tahun 2014 perkara ini berlarutan dan kawasan perkuburan ini dimusnahkan. Tambahnya, sudah berpuluh-puluh perkuburan dimusnahkan di wilayah tersebut. Sebahagian kubur diratakan tanpa ada rasa hormat.

Kawasan tersebut dijadikan untuk tempat letak kereta dan juga taman permainan seperti yang ditunjukan dalam imej satelit.

Walaupun penjelasan rasmi adalah dari pembangunan bandar ke standardisasi kubur lama, namun apa yang didakwa oleh kaum Uighur adalah kemusnahan itu sebahagian tindakan keras kerajaan untuk mengawal setiap aspek kehidupan kaum itu.

Salah seorang generasi kelima etnik Uighur berkata, kemusnahan itu bukanlah sekadar penganiayaan kepada agama Islam malah meremehkan siapa yang ada di dalam tanah tersebut.

Dakwanya lagi, kebebasan mereka disekat apabila ada sesetengah pihak yang membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk memastikan tiada siapa yang menyimpan janggut dan bertudung.

Ini adalah kawasan perkuburan yang telah dimusnahkan

Bukan itu sahaja, makam perkuburan orang-orang muslim yang sangat dikenali juga dihapuskan. Kubur penyajak terkenal etnik tersebut iaitu Lutpulla Mutellip di Aksu sudah ditukarkan kepada taman permainan kanak-kanak dan tasik.

Menurut penjaga di kawasan tersebut, kubur Mutellip dikatakan tempat suci bagi kaum Uighur selepas kejadian ini, mereka tidak lagi mengetahui jenazah tersebut dikebumikan. Kerajaan Aksu tidak memberi keterangan lanjut tentang hal itu.

Ada yang mendakwa patung panda ini adalah tempat makamnya penyajak terkenal kaum Uighur

Pergerakan untuk memusnahkan tanah perkuburan Uighur bukan baru malah imej satelit yang dikaji semula sudah menunjukkan kemusnahan lebih dari satu dekad lalu.

Lebih daripada sejuta rakyat Uighur dimasukkan ke kem tahanan untuk mendidik semula dengan alasan untuk memerangi pelampau agama.

Penduduk mendakwa dari pemusnahan tempat-tempat suci, makan orang yang baik hingga pemusnahan makam keluarga semua ini akan menganggu hubungan antara manusia dan sejarah mereka.

Kerajaan Shayar tidak memberi penjelasan yang jelas dengan tindakan yang mereka ambil ini.

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Mar 2019

Tips Cari Kerja! Gadis Ini Berkongsi Cara Menulis Resume Yang Betul

Korang boleh baca perkongsian gadis ini di Twitter mengenai cara membat resume yang betul. Perkongsian gadis yang bernama Anis Azuwa ini mendapat sebanyak 4.5 likes di Twitter

Featured Mon, 30 Jan 2023
Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

Trending Sat, 10 Mar 2018

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya.

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Featured Tue, 20 Dec 2022

Sarah Suhairi Sebak Terkenang Arwah Rudy Imran – “Dia Banyak Tolong Saya, Tak Mampu Nak Balas”

Arwah Rudy Imran banyak naikkan nama Sarah pada awal karier.. Al-fatihah buat Rudy Imran