Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2023 @ 12:54pm

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Penyanyi popular, Haqiem Rusli akhirnya tampil memberikan kenyataan mengenai dakwaan kononnya rumah tangga bersama isterinya, Anis Sofea goyah.

Menurut Haqiem, dia dan isterinya baik-baik sahaja dah perkahwinannya juga tidak ada masalah meskipun jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

“Saya dengan Sofea baik-baik sahaja. Cuma sekarang ni isu macam ni mungkin kami banyak tak post gambar dekat sosial media. Tapi demi Allah hubungan kami baik-baik sahaja. Tak ada masalah.

“Jarang post cuma sekarang ni lebih berhati-hati since isu ni tengah ‘hangat’ kan. Bagi saya, free life lah. Hidup kita ni bukan berpandukan sosial media. Kita pun ada life kita juga, jadi balance lah,” katanya.

Haqiem atau nama penuhnya, Ridzuan Haqiem Rusli berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan showcase Famili Duo Musim Ke-3 (FD3) yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Pilih berdiam diri isu isteri padam gambar bersama di IG

Mengulas lanjut mengenai tindakan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, yang bertindak memadam semua gambar lama mereka di Instagram, pelantun lagu Tergantung Sepi ini bagaimanapun memilih untuk berdiam diri.

“Saya sudah lali dengan kecaman dan pandangan negatif. Oleh sebab itu, saya mengambil pendekatan berdiam diri. Saya dah melalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis. Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami.

“Saya tidak ada masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan. Jika berlaku, saya sendiri tidak tahu apa respon saya pada  ketika itu,” jelasnya.

Bahkan, Haqiem juga turut menyangkal dakwaan bahawa tujuan dia memuat naik video Sofea di Instagram  baru-baru ini sebagai gimik susulan penglibatannya dalam program Famili Duo.

“Tujuan masuk famili duo tak ada kena mengena dengan gimik, tujuan saya adalah saya nak tunjuk keharmonian. Dekat situ kita boleh lihat ramai yang sayang Sofea,  bukan saya je atau family tapi ramai.

“Dan saya nak tunjuk juga ada segelintir netizen yang baik hati dan nasihat secara lembut dan positif. Dan mungkin daripada posting tu ramai netizen yang belajar terutamanya netizen yang mulut macam…

“So, tujuan saya posting tu untuk nak tunjukkan benda yang baik je. Saya post pun benda yang baik itu sahaja. Tak ada gimik,” ujarnya.

Sekadar info, Haqiem bakal bergandingan dengan sepupunya iaitu penyanyi Ariff Barhan dalam program FD3  yang akan bersiaran bermula 15 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Da’i Farhan Tak Mahu Berdiam Diri, Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah

Biarlah mereka selesaikan masalah keluarga dengan cara mereka. Tak perlu lah kita menokok tambah sebab bukan kita yang lalui, betul tak?

TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Tawaran Menyanyi Tak Macam Dulu, Zahid Cuba Buat Pelbagai Kerja

Dalam perkembangan lain, Zahid kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band. Jangan putus semangat okay?

Trending Thu, 13 Sep 2018
Hiburan Sun, 12 Jun 2022

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Ruffedge bakal mengadakan konsert pada 2 Julai 2022 di Dewan Filharmonik PETRONAS!

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。