Featured By: Attiqah Mohd August 2, 2021 @ 6:54pm

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik.

Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio kembali meriah selain pemerkasaan kandungan agar lebih terkini serta mantap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran , tempoh masa diambil untuk merealisasikan perubahan itu begitu singkat namun padat berikutan pelbagai kajian secara keseluruhan dibuat secara terperinci.

“Penjenamaan baharu daripada RIPPLE ke Media Prima Audio ini adalah sebuah langkah strategik dalam misi kami menjadi penyiar audio nombor satu di Malaysia. Kami berazam mahu terus berkembang dengan bantuan khidmat penganalisa dalam memastikan pendengar terus melekat.

“Proses perincian dan kajian untuk perubahan ini dilakukan dalam tempoh dua bulan saja. Kajian dibuat siang malam sejak 1 Jun lalu dengan mengambil kira data perkembangan radio sedia ada serta tambahan perspektif daripada panel pengkaji kami.

“Kami bukan setakat menitikberatkan daripada aspek pertukaran penyampai semata-mata. Sebaliknya, daripada segi kandungan juga baik pengisian maklumat serta muzik terbaik,” katanya.

Secara rasminya, dua stesen iaitu Hot FM dan Fly FM masih dikekalkan namanya. Bagaimanapun, Kool FM ditukar dan sekarang dikenali sebagai Buletin FM, manakala radio berbahasa Cina, One FM, kini dinamakan 8FM.

Mengulas mengenai pertukaran nama Kool FM kepada Buletin FM, Nazri berkata ia bertujuan menjadikan stesen terbabit sebagai saluran terbaik mendapatkan info berita terkini selain hiburan lagu-lagu popular sepanjang zaman.

“Kami mengambil nama Buletin Utama yang cukup ikonik untuk menukar namanya kepada Buletin FM. Kami mahukan segala berita dengan info tepat disampaikan menerusi stesen terbabit,” katanya.

Selain Ally Iskandar dan Hawa Rizwana, pengacara Fedtri Yahya antara nama besar yang turut menyertai barisan penyampai Buletin FM. Fedtri bakal mengendalikan segmen Ilham Sanubari, dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam – HARIAN METRO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Dec 2020

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Dengar penjelasan penganalisa..

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Trending Thu, 24 Jun 2021

Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang meninggalkan komen biadap serta memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap dirinya. Membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi, Elizad, 37, berang dengan […]

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Featured Wed, 10 Nov 2021

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story. Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian […]

Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.