Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari August 23, 2023 @ 5:27pm

“I’m Gonna Miss You” – Muat Naik Video Romantis, Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Kini Bercinta?

Baru-baru ini, pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang wanita di Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang dipercayai pelakon Fify Azmi itu mengucapkan kata rindu kepadanya.

Malah, perkongsian tersebut seperti memberi bayangan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

“Hi, I’m gonna miss you,” kata Fify.

Tambah, Syazwan menyatakan dia akan menghantar video ini kepada Fify jika mereka bergaduh.

“Kalau awak bergaduh dengan saya, saya hantar video ni dekat awak,” balas Syazwan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet gembira jika Syazwan dan Fify menjalin hubungan cinta.

Tidak kurang juga, ada yang menganggap video tersebut sebagai gimik di mana mereka kini bergandingan dalam sebuah drama yang bertajuk Aku Yang Tersakiti.

Sekadar info, Syazwan sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari namun ikatan tersebut telah terputus pada 31 Mac 2020.

Manakala, Fify pula pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Nafiez Zaidi namun memaklumkan telah berpisah sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Artikel Berkaitan: Syazwan Zulkifly Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Rancang Mahu Beraya Bersama Di Kampung- “Hubungan Kami Rapat Sebagai Kawan”

Artikel Berkaitan: Gagal Pertahankan Hubungan, Hasrat Nafiez Zaidi Berkahwin Dengan Fify Azmi Tidak Kesampaian – “Dia Berkeras Untuk Bawa Haluan Masing-Masing…”

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Istilah Tak Puas Enjoy Hidup Single & Berimej Seksi” – Fify Azmi Enggan Buka Aib, Anggap Perpisahan Dengan Nafiez Zaidi Sebagai Takdir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam & Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

Penceramah bebas rakam dan edar aksi seks bersama empat isteri.

Trending Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Fri, 21 Mar 2025

[VIDEO] Nur Fazura Teruja Jumpa Rakan Sekelas Zaman Sekolah, Netizen Puji Sentiasa ‘Humble’ 

Nur Fazura kelihatan teruja bertemu rakan sekelas di bangku sekolah

Featured Wed, 6 Sep 2023
error: Content is protected !!