Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 7, 2023 @ 1:30pm

Genap 3 Bulan, Madammu Akhirnya Dedah Wajah Baby A  – “Dia Sangat Aktif & Suka Ketawa”

Usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan panggilan Madammu akhirnya mendedahkan wajah anak bongsunya, Ahmad Kayden Muhammad Azri di Instagram miliknya pada pagi Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Madammu memaklumkan selama hampir tiga bulan merahsiakan wajah anaknya itu, kali ini dia mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah Kayden kepada umum khas untuk tatapan netizen yang mengikuti perjalanan proses In Vitro Fertilization (IVF) yang dilakukannya sebelum ini.

 

Berkongsi dengan lebih lanjut, Madammu memaklumkan berat badan anaknya itu kini sudah mencecah 6.2 kilogram selain aktif dan suka ketawa.

“Assalamualaikum aunty semua, saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.

“Hari ini genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kilogram(kg). Saya sangat aktif dan suka ketawa! Gambar ni khas untuk aunties yang mengikuti journey IVF mummy saya dari awal sehingga berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Madammu juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital terutamnya kepada doktor dan jururawat yang banayak membantunya sepanjang proses IVF dan melahirkan.

“Tidak lupa kepada Dr Haris dan  Dr Datuk Aziz yang banyak membantu mummy Saya dalam proses IVF dan melahirkan saya. Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik dan jadi anak taat serta berjaya. I love you Aunties!,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERIYCA BAIDURI (@madammmu)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jun 2019
Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Wed, 15 Dec 2021

“Ibu & Anak Terpisah Selama Dua Tahun” – Sebak… Lama Tanggung Rindu, Anak Beranikan Diri Tegur Wanita Serupa Ibunya! Rupa-Rupanya….

Sedar atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah mengajar kita erti rindu. Tidak dinafikan, ada antara kita sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat bersua muka. Kisah menyayat […]

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

error: Content is protected !!