Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 12, 2023 @ 2:37pm

[VIDEO] Azhan Rani Borak Dengan Budak Afghanistan Fasih Cakap Melayu, Siap Sempat Gurau – “Ustaz Madi Jangan Macam-Macam”

Pelakon Azhan Rani berkongsi sebuah video ketika dia berada di Afghanistan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), video tersebut memaparkan pelakon drama Nur itu sedang berborak bersama dua orang kanak-kanak tempatan.

Apa yang menarik perhatian adalah salah seorang kanak-kanak tersebut yang bernama Safia fasih berbahasa Melayu apabila berborak bersama Azhan.

Disoal Azhan dimanakah dia belajar bahasa Melayu, Safia menjawab dia belajar di sekolah di sana.

“Lepas ni kena raya kat Afghanistan la pulak ke aku ni.  MashaAllah cantik kan? adik pun hensem.

“Bijak petah dia bercakap. Pandai pulak cakap melayu,” kongsi Azhan.

Menurut Azhan, kedua beradik tersebut sangat popular di tempat tersebut kerana ramai jemaah Malaysia berkunjung ke sana,

Lebih lucu, Azhan sempat bergurau apabila bertanya adakah Safia mempunyai kakak.

“Rupanya popular Safia dengan adik dia ni kat tempat makan popular jemaah Malaysia ni. Souk Samak  Syarik Qurban nama tempat ni.

“Semoga Allah lindungi dan berkati dua beradik ni.

“Beli tisu dia tadi rasa macam tak nak pakai. kot-kot betul dia ada kakak nanti panas-panas ni boleh gak hulur tisu buat lap. Eh.. apa benda ni. ok fokus .. fokus #astagfirullahalazim,” seloroh Azhan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Azhan yang sempat bergurau dengan kanak-kanak tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 May 2025

Ayda Jebat Kongsi Detik Seram Tidur Bersama Anak- “Nayla Bercakap Tapi Pandang 1 Sudut Random.. Kadang Atas, Kadang Tepi Kita”

Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

当年红遍半边天的棒棒堂Lollipop,现在都去哪了呢?

相信许多90后,应该都对「我爱棒棒堂」不陌生吧!而当时红到不行的Lollipop,相隔多年的现在都跑到哪里了呢?

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana.

Hiburan Mon, 9 Feb 2026
Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Rupanya Isa Khan Lamar Risteena November Lepas…Tahniah!

Terjawab sudah, tahniah Isa & Risteena!

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Fri, 15 Jul 2022
#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
error: Content is protected !!