Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 13, 2023 @ 7:02pm

“Jahanam Harta Aku, Macam B*bi…” – Kereta Alphard Remuk Rempuh Tembok, Netizen Terkejut Kak KM Hambur Kata Kesat Pada Suami?

Usahawan kosmetik sensasi, Liana Rosli atau Kak KM meluahkan rasa bengangnya menerusi sebuah video apabila kereta miliknya yang dipandu suami remuk akibat terlanggar tembok.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Kak KM merakam kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih remuk dibahagian belakang selepas berlanggar tembok rumah.

Difahamkan, suaminya yang dikenali sebagai Razman Ramli tidak sengaja dan tidak perasan menekan pedal undur.

Namun begitu, dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Kak KM dilihat menghamburkan kata-kata kesat kepada suaminya.

“Jahanam harta aku. Macam babi manusia. Ini terus tekan minyak sekuat-kuatnya, namanya meniaya.

“Ini namanya meniaya, tak tahu nak sama-sama nak jaga harta,” luahnya dalam video itu.

Malah, dia juga berasa kesal apabila suaminya itu enggan memohon maaf kepadanya selepas insiden tersebut.

“Hancur kereta aku sial betul. Minta maaf pun takde pukimak,” tulisnya sebagai kapsyen.

Susulan itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi dengan kata-kata yang keluar dari mulut Kak KM.

Komen Video Kak KM

Artikel Berkaitan: “Puas Hati Dengar Dia Jerit” – Emosi Tonton Drama ‘Perempuan Itu’, Anak Kak KM Buat Netizen Terhibur

Artikel Berkaitan: “Takkan Jual Jamu Je?” – Netizen Pertikai Kekayaan, Ini Respons Padu Kak KM!

Artikel Berkaitan: Runtuhkan Rumah Bersebab, Bukan Riyak… Kak KM Kongsi Rahsia Kejayaan Miliki Banglo RM5 Juta – “Ini Kediaman Ke-7 Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siap Bayar RM100,000 Secara Tunai! Kak KM Hadiahkan Ibu Kereta – “Sayang Memang Dah Niat Mak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Featured Fri, 13 Feb 2026

Ditanya ‘Waktu Mengandung Boleh Bersama Atau Tidak’… Ini Respons Sasha Abdul Aziz

Sasha Abdul Aziz sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menjawab soalan netizen berkaitan hubungan suami isteri ketika hamil menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Sun, 29 Aug 2021

Saling Mengenali Hati Budi, Najwa Latif Akui Sudah Berpunya

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun penyanyi tersohor, Najwa Latif dilihat masih lagi aktif memuat naik video nyanyiannya di media sosial. Baru-baru ini, Najwa memuat naik video di laman TikToknya yang seakan […]

Program TV Mon, 4 May 2020

‘HeroKu’ Bawa Penonton Selami Pengorbanan ‘Frontliners’

Jangan ketinggalan untuk tonton HeroKu gais!

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Doakan Anak Ali Puteh…

Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik, Ainul Mardhiah…

error: Content is protected !!