Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 16, 2023 @ 7:28pm

Sekian Lama Menyepi, Tasha Shilla Akan Kembali Berlakon Semula?

Lama kita tidak melihat sosok aktres jelita Tasha Shilla di kaca televisyen kini selepas dia berumah tangga. Pasti ramai yang merindui lakonannya.

Terbaharu, Tasha atau nama sebenarnya sebenar, Natasha Sheila Abdul Razak, 36, mengakui rindu untuk masuk semula ke set penggambaran namun terdapat komitmen yang perlu dipenuhi.

“Bukan tak rindu berlakon tapi sekarang dah berbeza, kehidupan saya dah berubah hampir sepenuhnya sebab saya dah ada keluarga dan anak-anak.

“Bukan senang nak tinggal anak-anak yang masih kecil. Saya mahu memberi tumpuan kepada mereka. Lagipun mereka lebih perlukan perhatian saya.

“Sebab tu saya memilih berniaga kerana saya dapat uruskan masa saya sendiri dan dalam masa yang sama saya dapat menjana pendapatan,” katanya

Namun, tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia akan mempertimbangkan perkara tersebut sekiranya bersesuaian dari segala aspek.

“Insya-Allah mana-mana pengambaran yang hanya melibatkan satu dua hari, kita tengok macam mana. Dipertimbangkan.

“Tengok macam mana kalau anak-anak sudah dewasa, masuk asrama, Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang ini (lakonan).

“Bukan sekadar berlakon, watak yang dibawa juga beri manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris, bernikah pada 28 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nyla Kaadira dan Raees Zander.

Sumber: Gempak 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Apr 2022
Events Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Twice Opens Up About the Reality of Idol Life and Mental Health

Sometimes people forget that despite the perfect image fabricated by these idols on screen, they are at the end of the day still a person.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Trending Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!